DUNIA

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani 29/10/2025 | 15:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 Oktober 2025.
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 29 Oktober 2025.


1. Israel langgar gencatan senjata: Sekurang-kurangnya 18 rakyat Palestin terbunuh di Gaza

Serangan udara Israel di Gaza langgar gencatan senjata, 18 terbunuh, puluhan cedera termasuk kanak-kanak dan pelarian.



2. Israel umum gencatan senjata kembali berkuat kuasa selepas serangan di Gaza

Israel mengumumkan gencatan senjata dimeterai dengan Hamas sejak 10 Oktober lalu kini kembali berkuat kuasa.


3. Trump tiba di Korea Selatan, yakin pertemuan dengan Xi Jinping bakal beri impak positif global

Ketibaan beliau dari Tokyo berlaku hanya beberapa jam selepas Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu jelajah berkeupayaan nuklear.


4. APEC: Perjanjian perdagangan AS-Korea Selatan dimuktamad dalam masa terdekat - Trump

Trump turut menekankan perkongsian dalam industri pembinaan kapal antara kedua-dua negara.


5. Fed dijangka umum pemotongan kadar faedah kedua di sebalik gangguan data

Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) dijangka mengumumkan pada Rabu mengenai pemotongan kadar faedah kedua tahun ini bagi menyelamatkan pasaran pekerjaan Amerika Syarikat, walaupun cabaran sebenarnya, menurut penganalisis, ialah menentukan berapa banyak pemotongan diperlukan untuk benar-benar merangsang pertumbuhan tenaga kerja, lapor Sputnik/RIA Novosti.


6. Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 jana hasil positif - Jurucakap Kementerian Luar China

China melihat Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan telah menjana hasil yang positif, kata jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun.


7. Sri Lanka hadapi kelewatan dalam pemberian visa percuma kepada 40 negara

Pegawai kerajaan mengesahkan bahawa rancangan Sri Lanka untuk memperluas senarai negara yang dikecualikan daripada bayaran visa ETA (Kebenaran Perjalanan Elektronik) masih belum dilaksanakan, lapor Xinhua.


8. Thailand tarik balik produk 'inhaler' herba selepas dikesan mengandungi bakteria berbahaya

Pengeluar menarik balik 200,000 unit dan berjanji memperketat kawalan kualiti termasuk penggunaan pensterilan UV dalam pengeluaran akan datang.


9. Korea Utara lancar ujian peluru berpandu beberapa jam sebelum lawatan Trump ke Korea Selatan

Peluru berpandu jenis laut ke darat itu dilancarkan secara menegak dari Laut Kuning pada Selasa dan terbang selama lebih dua jam.


10. Apple kini bernilai AS$4 trilion

Apple catat rekod baharu sekali gus menyertai kelompok eksklusif bersama gergasi teknologi lain seperti Nvidia dan Microsoft.


#berita pilihan #antarabangsa #gencatan senjata #NVIDIA