ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 Februari 2021.

1) Maharaja Jepun zahirkan harapan masa depan lebih cerah disebalik COVID-19 

Maharaja Naruhito menzahirkan harapan agar masa depan Jepun lebih cerah ketika negara matahari terbit itu memulakan program imunisasi COVID-19. 

2) Facebook tarik semula sekatan terhadap Australia

Menurut kerajaan Australia, keputusan itu dibuat selepas kedua-dua pihak bersetuju membuat pindaan undang-undang berkaitan kandungan kewartawanan. 

3) Pas perjalanan IATA untuk pulihkan industri penerbangan 

Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) menjangkakan Pas Perjalanan IATA yang baru dibangunkan akan menjadi pemboleh utama dalam menghidupkan semula industri penerbangan, yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. 

4) Sukarelawan masih berusaha selamatkan 28 paus Pilot terdampar 

Lebih 200 sukarelawan masih berusaha menyelamatkan 28 ikan paus Pilot yang terdampar di perairan pantai di South Island, New Zealand.

5) Vaksin Pfizer mula diuji pada wanita hamil 

Lapor media negara itu, menurut satu kajian kadar kematian COVID-19 dalam kalangan wanita hamil adalah 13 kali lebih tinggi berbanding pesakit lain yang sebaya dengan mereka.

6) Kerosakan pada bilah kipas enjin pesawat United Airlines konsisten dengan kelesuan logam - NTSB 

Pengerusi Lembaga Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat (NTSB), Robert Sumwalt memaklumkan, siasatan masih dijalankan bagi menentukan jika kegagalan tersebut sama seperti yang berlaku pada sebuah lagi pesawat United pada Februari 2018. 

7) Banjir: Lebih 59,000 mangsa dipindahkan susulan ribut Dujuan di Filipina 

Lebih 59,000 rakyat Filipina telah dipindahkan dari kediaman masing-masing susulan keadaan banjir disebabkan Ribut Tropika Dujuan, atau dikenali sebagai Auring, yang melanda negara itu pada Isnin.

8) UK larang pesawat Boeing 777 guna ruang udara 

Pihak berkuasa penerbangan United Kingdom (UK) mengeluarkan larangan sementara menggunakan ruang udara membabitkan pesawat jenis Boeing 777.

9) Boeing gantung pengeluaran model 777 susulan insiden kegagalan enjin

Syarikat pengeluar pesawat Boeing memutuskan untuk menggantung pengeluaran jenis 777 berikutan insiden kegagalan enjin melibatkan pesawat United Airlines.

10) China nafi lakukan penghapusan etnik minoriti

China tidak bersetuju dakwaan negara itu menjalankan kegiatan penghapusan etnik seperti didakwa beberapa negara.