AMERIKA SYARIKAT kini sedang menjalankan ujian klinikal berskala besar untuk menguji keselamatan dan keberkesanan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech terhadap wanita hamil.

Lapor media negara itu, menurut satu kajian kadar kematian COVID-19 dalam kalangan wanita hamil adalah 13 kali lebih tinggi berbanding pesakit lain yang sebaya dengan mereka.

Tanpa vaksinasi wanita hamil akan mempunyai risiko yang tinggi untuk dijangkiti wabak tersebut.

Menurut Ketua Perubatan di St Joseph University Hospital Amerika Syarikat, Bob Lahita, setakat ini tiada bukti yang mengesahkan suntikan vaksin akan memberi kesan pada kandungan dan juga ibu mengandung.

"Saya sangat mengesyorkan agar semua wanita hamil diimunisasi, dari pengesanan awal kehamilan hingga jangka masa panjang," katanya kepada media.

Menurut laporan media antarabangsa, Pfizer juga dikatakan sedang merancang untuk memulakan percubaan vaksin pada kanak-kanak di masa akan datang.

Penyelidikan untuk menilai vaksin bagi mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah juga sedang dalam perancangan.