awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA santuni asnaf, rai usahawan sempena Konvoi Gemilang 60 Tahun di Perlis
Langkah tingkat perbelanjaan pelancong fokus utama VM2026 - Tiong
Mak nyah pertama didakwa di Kelantan kerana tukar jantina

AS berunding dengan Iran "ketika ini” - Trump

Bernama
Bernama
04/02/2026
07:24 MYT
AS berunding dengan Iran "ketika ini” - Trump
"Mereka sedang berunding," kata Trump kepada pemberita di Rumah Putih. - Gambar fail/AP
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) sedang berunding dengan Iran "pada masa ini", kata Presiden AS Donald Trump pada Selasa.
"Mereka sedang berunding," kata Trump kepada pemberita di Rumah Putih, tanpa mengulas lanjut, lapor Anadolu Ajansi.
Kenyataan beliau dibuat selepas sebuah jet pejuang AS menembak jatuh dron Iran di Laut Arab pada Selasa selepas ia menghampiri kapal induk pesawat udara USS Abraham Lincoln.
"Mereka pernah mempunyai peluang untuk melakukan sesuatu sebelum ini, namun ia tidak berjaya dan kami melaksanakan "Operasi Midnight Hammer". Saya tidak fikir mereka mahu perkara itu berulang, tetapi mereka mahu berunding.
"Kami sedang berunding dengan mereka ketika ini," katanya.
Kementerian Luar Iran pada Selasa memaklumkan bahawa persiapan sedang dijalankan untuk mengadakan rundingan dengan AS dalam beberapa hari akan datang, dengan perbincangan diteruskan bagi memuktamadkan lokasi pertemuan.
Sebelum itu, jurucakap Rumah Putih Karoline Leavitt berkata utusan khas AS Steve Witkoff dijadual mengadakan perbincangan dengan pihak Iran lewat minggu ini.
Menurut beberapa laporan, Witkoff dijadual bertemu Menteri Luar Iran Abbas Araghchi di Istanbul pada Jumaat bagi rundingan mengenai program nuklear Iran.
Bagaimanapun, portal berita Axios melaporkan pada Selasa bahawa Iran menuntut perubahan lokasi dan menyatakan bahawa Tehran mahu mengubah format rundingan.
Laporan turut mencadangkan wakil dari Turkiye, Mesir dan Qatar dijangka menyertai rundingan itu, namun Axios menyatakan Iran kini mendesak agar rundingan diadakan secara langsung.
Laporan itu juga menyatakan Tehran mahu memindahkan lokasi rundingan dari Istanbul ke Oman.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Iran
#rundingan
#tembak jatuh pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.