awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gunung Semeru meletus lagi, hambur abu setinggi 700 meter
Pengasuh mengaku salah aniaya dua bayi di taska
Kerajaan Negeri Selangor putuskan ternakan babi berpusat di Bukit Tagar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS berusaha dapatkan semula AS$300 juta aset 1MDB di Britain

Fareez Azman
Fareez Azman
17/09/2020
22:43 MYT
AS berusaha dapatkan semula AS$300 juta aset 1MDB di Britain
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat sedang berusaha mendapatkan semula aset tambahan AS$300 juta yang didakwa dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). -Gambar fail
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat sedang berusaha mendapatkan semula aset tambahan AS$300 juta yang didakwa dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Agensi itu pada Rabu berkata aset berkenaan berjaya dikesan di akaun eskrow di United Kingdom (UK) iaitu akaun dana disimpan dalam amanah sementara dua atau lebih pihak menyelesaikan transaksi.
Dalam aduan yang dibuat di Central District of California pada Rabu, DOJ berkata dana itu berjaya dikesan melalui kredit diberikan oleh syarikat minyak negara Venezuela kepada Petrosaudi Oil Services berhubung usaha pengerudian minyak.
Syarikat terbabit telah terlibat dalam pertikaian undang-undang mengenai dana yang telah dibekukan oleh Mahkamah Tinggi Malaysia dengan kerjasama pihak berkuasa Britain.
Pihak berkuasa Malaysia dan AS menganggarkan AS$4.5 billion dicuri daripada 1MDB dalam komplot terperinci di peringkat global.
Skandal itu mengaitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, eksekutif di bank AS Goldman Sachs dan beberapa pegawai tinggi lain.
Najib bagaimanapun menafikan terlibat dalam skandal itu.
Dalam pada itu, DoJ berkata pihaknya sedang mencari empat poster filem promosi yang diperoleh penerbit Hollywood yang juga anak tiri Najib, Riza Aziz.
Lebih AS$4 juta dana dikesan dipercayai digelapkan daripada 1MDB.
Mei lalu, pihak pendakwaan mengugurkan tuduhan pengubahan wang haram terhadap Riza setelah dia bersetuju membantu pihak berkuasa mengesan aset berkaitan 1MDB.
Setakat ini, sebanyak hampir AS$1.1 billion aset berjaya didapatkan semula oleh AS dalam membantu Malaysia.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Amerika Syarikat
#AS
#Britain
#California
#Hollywood
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#PetroSaudi
#Skandal
#United Kingdom
#Venezuela
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan