awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Biar masa menentukannya' - Jokowi ulas pemecatannya daripada PDI-P

Astro Awani
Astro Awani
17/12/2024
11:10 MYT
'Biar masa menentukannya' - Jokowi ulas pemecatannya daripada PDI-P
Jokowi berkata beliau menghormati keputusan PDI-P untuk memecatnya, walaupun tidak berada dalam kedudukan untuk mencabar keputusan tersebut. -Gambar fail/Reuters
JAWA TENGAH: Bekas Presiden Indonesia, Joko Widodo memaklumkan beliau tidak berada dalam kedudukan yang wajar untuk mencabar pemecatannya daripada Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P).

Ringkasan AI
  • Bekas Presiden Indonesia, Joko Widodo, menyatakan beliau menghormati keputusan Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) untuk memecatnya, walaupun beliau tidak berada dalam kedudukan untuk mencabar keputusan tersebut.
  • PDI-P secara rasmi memecat Jokowi, anaknya Gibran Rakabuming Raka, dan menantunya Bobby Nasution, serta 27 pengikut lain daripada parti tersebut. Keputusan ini diumumkan oleh Ketua Umum PDI-P, Megawati Soekarnoputri, dan Setiausaha Agung parti, Hasto Kristiyanto.
  • PDI-P menyatakan bahawa Jokowi dan keluarganya tidak lagi sejalan dengan cita-cita parti dan memiliki cita-cita kekuasaan yang tiada henti. Amalan politik mereka dianggap sebagai pengajaran berharga untuk menjalankan disiplin parti.

Memetik laporan Kompas, Jokowi yang ditemui di kediamannya di Kota Solo, Jawa Tengah berkata, beliau tetap menghormati keputusan dibuat parti tertua republik itu.
Namun, Jokowi secara sinis berkata hanya waktu yang akan membuktikan sama ada keputusan dibuat ketua umum PDI-P, Megawati Soekarnoputri dan Setiausaha Agung parti, Hasto Kristiyanto benar atau salah.
“Ya tidak apa, saya menghormati itu dan saya tidak dalam posisi untuk membela atau memberikan penilaian kerana keputusan sudah terjadi.
"Nanti waktu yang akan mengujinya. Saya rasa itu saja,” katanya lagi.
View this post on Instagram
A post shared by Kompas.com (@kompascom)
Media Indonesia pada Isnin melaporkan PDI-P secara umum dan rasmi telah memecat Jokowi, anaknya yang juga Naib Presiden Indonesia, Gibran Rakabuming Raka, dan menantunya, Bobby Nasution, serta 27 pengikut lain daripada parti berkenaan.
Pada 4 Disember, Hasto yang ditemui pemberita di Jakarta Selatan menegaskan Jokowi bukan lagi sebahagian daripada PDI-P.
"Jokowi dan keluarga sudah tidak lagi sejalan dengan cita-cita parti. PDI-P melihat Jokowi dan keluarganya memiliki cita-cita kekuasaan yang tiada henti.
"Selain itu, amalan politik yang dijalankan Jokowi dan keluarganya harus menjadi pengajaran berharga kepada semua pihak untuk menjalankan disiplin parti," kata Hasto.
Topic Berkaitan
#Joko Widodo
#Jokowi dipecat
#Megawati
#politik indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan