Calon presiden Joe Biden berkata beliau akan memilih calon naib presiden dan mengumumkan pilihannya itu minggu depan, lapor agensi berita Sputnik.

"Saya akan buat pilihan pada minggu pertama Ogos dan saya berjanji akan mengumumkannya selepas pilihan dibuat," kata Biden ketika menjawab pertanyaan wartawan pada Selasa.

"Saya tidak bersedia untuk bercakap lebih lanjut mengenainya."

Pengumuman pada minggu depan itu akan dibuat beberapa hari sebelum Biden dijangka menerima pencalonan Demokrat pada konvensyen kebangsaan parti pada 17-30 Ogos.

Bekas naib presiden itu berkata beliau komited untuk memilih calon wanita.

Media melaporkan antara calon yang disenarai pendek ialah Senator Kamala Harris, Elizabeth Warren, Catherine Cortez Masto dan Tammy Duckworth serta Gabenor Gretchen Whitmer dari Michigan dan Michelle Lujah dari New Mexico.

Turut disebut-sebut menjadi calon ialah anggota Kongres Val Demings dan bekas Penasihat Keselamatan Negara, Susan Rice.

-- BERNAMA