awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biden isytihar darurat di NY, lulus bantuan kecemasan susulan ribut salji

Sinar Harian
Sinar Harian
27/12/2022
03:18 MYT
Biden isytihar darurat di NY, lulus bantuan kecemasan susulan ribut salji
Deretan kereta ditinggalkan di atas jalan raya di Elmwood Village dalam kejiranan Buffalo, di New York pada 26 Disember 2022, selepas ribut salji menyelubungi bandar itu. -AP
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengisytiharkan darurat di New York susulan situasi kecemasan akibat ribut salji yang dahsyat di negeri itu.
Pengisytiharan darurat pada Isnin itu dikeluarkan White House untuk daerah Erie dan Genesee.
“Presiden dan Wanita Pertama berkongsi harapan dan doa untuk seluruh warga New York dan semua yang kehilangan orang tersayang.
"Beliau menzahirkan rasa terima kasihnya kepada Gabenor atas kepimpinan dan kepada Pengawal Negara, penguat kuasa undang-undang, dan pasukan penyelamat atas usaha gigih mereka,” kata Rumah Putih dalam satu kenyataan.
Selain itu, Biden juga mengarahkan Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) untuk menyelaraskan usaha untuk menyalurkan bantuan.
Biden menerusi perbincangannya dengan Gabenor New York Kathy Hochul juga memberikan sokongan penuh kepada negeri itu ketika ia bergelut dengan bencana ribut salji.
Hochul, yang mengisytiharkan darurat di New York pada Khamis lalu sebelum ribut melanda, berkata Biden bersetuju "memberikan kelulusan segera" terhadap permintaan negeri untuk pengisytiharan di peringkat persekutuan, bagi membantu langkah pemulihan.
Dilaporkan sekurang-kurangnya 27 orang terkorban di Buffalo dan puluhan ribu penduduk terpaksa menahan sejuk tanpa bekalan elektrik.
White House dalam satu kenyataan pada Isnin turut mengesahkan bantuan untuk negeri New York.
BACA: 25 maut akibat ribut salji di New York
Ribut Salji | 25 maut di barat New York
Terkini, angka kematian akibat ribut di New York mencecah 28 orang pada Isnin, kebanyakannya di Erie County, sekitar Buffalo.
Topic Berkaitan
#Joe Biden
#White House
#Ribut musim sejuk
#buffalo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan