awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biden, pemimpin G7 akan salur bantuan keselamatan makanan global bernilai AS$4.5 bilion

Bernama
Bernama
29/06/2022
04:59 MYT
Biden, pemimpin G7 akan salur bantuan keselamatan makanan global bernilai AS$4.5 bilion
AS sebelum ini telah menyediakan AS$2.8 bilion bagi bantuan bekalan makanan kecemasan di negara-negara yang terjejas akibat krisis makanan yang dilanda perang.- Gambar fail
ANKARA: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan pemimpin G7 akan mengumumkan bantuan bagi menangani krisis dasar keselamatan makanan global berjumlah lebih AS$4.5 bilion, lapor Agensi Anadolu.
Biden dijangka mengumumkan pembiayaan tambahan bernilai AS$2.76 bilion bagi membantu melindungi golongan paling rentan di dunia dan mengurangkan impak daripada krisis Rusia-Ukraine, di tengah-tengah ketidakstabilan dasar keselamatan makanan dan kekurangan zat yang semakin meningkat, menurut kenyataan Rumah Putih pada Selasa.
Sebanyak AS$2 bilion akan disalurkan untuk bantuan kecemasan, manakala AS$760 juta digunakan bagi bantuan makanan jangka pendek bagi mengurangkan kadar kemiskinan, kebuluran dan kekurangan zat di negara-negara yang terjejas akibat harga makanan, baja dan bahan api yang tinggi.
Pelaburan itu bertujuan menyokong usaha lebih 47 negara dan organisasi serantau menangani kekurangan baja dan pembelian biji benih.
Agensi Pembangunan Antarabangsa AS (USAID) memperuntukkan AS$640 juta bagi menyokong program pertanian dan keselamatan makanan demi mengukuhkan kapasiti dan daya tahan sektor pertanian di lebih 40 negara -- 24 di Afrika, 10 di Asia dan masing-masing enam di Amerika Latin dan Asia Barat.
AS telah menyediakan AS$2.8 bilion bagi bantuan bekalan makanan kecemasan di negara-negara yang terjejas akibat krisis makanan yang dilanda perang, menurut Rumah Putih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#G7
#Joe Biden
#sekuriti makanan
#bantuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan