awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biden raikan petugas diplomatik di Rumah Putih

Bernama
Bernama
14/06/2023
09:50 MYT
Biden raikan petugas diplomatik di Rumah Putih
Biden menekankan bahawa AS mula membina semula rangkaian pakatan global dan hari ini mereka lebih kuat berbanding sebelumnya. - Gambar fail/AP
TORONTO: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden mengadakan majlis resepsi di Rumah Putih pada Selasa untuk petugas Jabatan Negara.
Dalam ucapannya beliau berkata: "dunia berada di persimpangan jalan dan berterima kasih kepada petugas diplomatik jabatan itu kerana membantu meletakkan kembali diplomasi sebagai pusat dasar luar Amerika".
Biden menekankan bahawa AS mula membina semula rangkaian pakatan global dan hari ini mereka lebih kuat berbanding sebelumnya, merujuk pakatan yang baharu dibentuk seperti Quad dan AUKUS, lapor Agensi Anadolu.
"Kami sedang membina Asia Barat yang lebih stabil, bersepadu, lebih aman untuk jangka panjang. Memang sukar, tetapi kami berjaya membuat sedikit kemajuan," katanya.
Biden turut menekankan sokongan AS kepada Ukraine dalam menghadapi pencerobohan kejam Rusia.
Mengulas mengenai persaingan dengan China pula, beliau berkata ia perlu diurus supaya tidak bertukar menjadi konflik.
Biden turut menekankan mengenai kebimbangan serius terhadap perubahan iklim dan pelaburan dalam kesihatan global untuk menangani cabaran hari ini.
"Akan ada lagi wabak," dan dunia perlu memastikan ia lebih bersedia untuk menghadapinya, katanya.
Beliau juga menyatakan mengenai pentingnya untuk mendapatkan maklumat yang lebih baik tentang isu-isu seperti kecerdasan buatan kerana "kita berada di zaman baharu."
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Joe Biden
#petugas diplomatik
#White House
#rangkaian global
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan