Skip to main content

Sukan

Hatrik Mujagic bawa Kuching City ke separuh akhir Piala FA

Pemain pasukan Kuching City FC, Joao Pedro Da Silva Freitas cuba melepasi tahanan dari pemain Kelantan City FC, Muhammad Syaahir Saiful Nizam pada dalam perlawanan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Taha Ariffin, Kuching, malam tadi. - Gambar Bernama
Pemain pasukan Kuching City FC, Joao Pedro Da Silva Freitas cuba melepasi tahanan dari pemain Kelantan City FC, Muhammad Syaahir Saiful Nizam pada dalam perlawanan suku akhir pertama Piala FA di Stadium Taha Ariffin, Kuching, malam tadi. - Gambar Bernama

Advertisement

KUCHING: Kuching City FC mara ke separuh akhir Piala FA selepas menewaskan wakil Liga A1 Semi-Pro, Kelantan City FC 4-1 pada aksi timbal balik suku akhir di Stadium Taha Ariffin, di sini, malam tadi.

Perlawanan berlangsung sengit apabila kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan dalam usaha memburu jaringan selepas terikat tanpa gol pada aksi suku akhir pertama di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, pada 20 Sept lalu.

Kuching City membuka tirai jaringan menerusi tandukan Yuki Tanigawa pada minit ke-10 sebelum Aidin Mujagic menggandakan kelebihan tuan rumah lapan minit kemudian.

Kelantan City berusaha merapatkan jurang dengan melancarkan beberapa serangan ke arah gawang tuan rumah dan berjaya merapatkan jurang sebelum separuh masa pertama tamat hasil jaringan jarak jauh oleh Hadin Azman.

Memasuki babak kedua, Kuching City terus menguasai permainan sebelum Mujagic meledak gol keduanya pada minit ke-67 dan melengkapkan hatrik pada minit ke-81.

Kuching City terus memburu jaringan tambahan pada baki perlawanan, namun keputusan kekal sehingga wisel penamat, sekali gus mengesahkan kemaraan mereka ke separuh akhir dengan agregat 4-1.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement