awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Biden rancang untuk berdebat dengan Trump

Agensi
Agensi
26/04/2024
22:00 MYT
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Presiden Joe Biden (kanan) berkata, beliau akan mengambil bahagian dalam perdebatan dengan lawannya dalam gelanggang pilihan raya dari parti Republikan, Donald Trump.
NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkata beliau akan mengambil bahagian dalam perdebatan dengan lawannya dalam gelanggang pilihan raya dari parti Republikan, Donald Trump.
"Saya bersedia (berdebat dengan Trump), di suatu tempat. Saya tidak tahu bila… saya gembira untuk berdebat dengannya," kata calon Demokrat itu dalam temu bual dengan penyampai berita Howard Stern, pada Jumaat.
Kenyataan itu adalah yang paling jelas Biden mengenai prospek perdebatan presiden.
Biden sebelum ini tidak komited untuk berdebat dengan Trump dan menegaskan, perdebatan itu hanya akan berlaku bergantung pada sikap bekas Presiden AS itu.
Trump pula yang enggan berdebat dengan pesaingnya sebelum meraih kemenangan dalam pemilihan parti Republikan bulan lalu, berubah pendirian sejak beberapa minggu lalu dengan mencabar Biden untuk berdebat dengannya.
Bahkan, Trump turut menawar Biden dari Demokrat untuk bersemuka dengannya pada “bila-bila masa, di mana-mana sahaja dan di tempat mana sekalipun.”
Awal bulan ini, dua penasihat kempen utama Trump menghantar surat kepada sebuah suruhanjaya bebas yang biasanya mengelola acara sedemikian menggesa jadual perdebatan dipercepatkan, mengadakan lebih daripada tiga kali debat biasa dan memulakannya lebih awal dalam kitaran kempen.
Beberapa organisasi media terkemuka AS juga telah menggesa calon-calon agar secara terbuka komited untuk berdebat antara satu sama lain.
Kem Biden bimbang apabila berada di pentas, Trump tidak akan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh suruhanjaya dan beberapa penasihat Biden berkata, mereka lebih suka untuk tidak mengangkat Trump dengan meletakkannya di kedudukan yang sama dengan penyandang Demokrat itu.
Berdasarkan tinjauan yang dibuat oleh Reuters/ Ipsos awal bulan ini, Biden mendahului dalam kalangan pengundi berdaftar sebanyak 41 peratus hingga 37 peratus berbanding Trump.
Semasa lawatannya ke Las Vegas pada awal Februari lalu, Biden yang ditanya mengenai seruan Trump yang mahu berdebat dengannya berkata: "Jika saya jadi dia (Trump), saya juga mahu berdebat dengan saya. Dia tidak ada kena mengena."
Biden dan Trump pernah bersemuka dalam dua debat pilihan raya presiden yang disiarkan di televisyen semasa kempen 2020. - Agensi
Topic Berkaitan
#Joe Biden
#Donald Trump
#Debat Presiden AS
#pilihan raya Presiden Amerika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan