awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bimbang skandal terbongkar, lelaki bunuh empat sekeluarga termasuk bayi

Astro Awani
Astro Awani
05/02/2019
11:15 MYT
Bimbang skandal terbongkar, lelaki bunuh empat sekeluarga termasuk bayi
Siasatan mendapati ketiga-tiga mangsa merupakan ahli keluarga kepada seorang lagi mangsa yang terdahulu dijumpai dengan kepala dipenggal. -Gambar hiasan
Seorang wanita bersama dua anaknya ditemukan mati dalam keadaan mengerikan pada Sabtu.
Dalam kejadian di Desa Wailikut, Kecamatan Waisama, Maluku, ketiga-tiga mangsa dikenal pasti sebagai Irma Saleky, 37, dan dua anaknya Fauzan Ponotoreng, 7, dan bayi berusia 1 tahun.
Siasatan mendapati ketiga-tiga mangsa merupakan ahli keluarga kepada seorang lagi mangsa yang terdahulu dijumpai dengan kepala dipenggal, Alim Nurlatu, 63.
Alim Nurlatu dilapor mempunyai tiga isteri di mana Irma Saleky merupakan isteri pertama.
Pada hari kejadian, saksi dilapor ternampak sosok seorang lelaki tidak dikenali keluar dari lokasi pembunuhan. Siasatan lanjut menunjukkan suspek ialah seorang lelaki bernama Maujana Nurlatu.
Suspek yang melarikan diri ke hutan berjaya ditangkap dan apabila disoal siasat mengakui dia ada hubungan sulit dengan isteri kedua Alim iaitu Nola Labutal.
Suspek turut mengaku membunuh mangsa kerana skandalnya dengan Nola telah diketahui Alim.
Kes kini sedang disiasat untuk melihat penglibatan isteri kedua Alim dalam semua pembunuhan tersebut.
Topic Berkaitan
#Alim Nurlatu
#bayi
#bunuh
#Fauzan Ponotoreng
#Irma Saleky
#Nola Labutal
#Waisama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan