awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bintang lari pecut AS, Fred Kerley ditahan polis

Bernama
Bernama
04/01/2025
15:03 MYT
Bintang lari pecut AS, Fred Kerley ditahan polis
Juara dunia tiga kali acara pecut, Fred Kerley, direnjat dengan senjata taser dan ditahan selepas terlibat dalam konfrontasi dengan pihak polis di Miami Beach. - Gambar fail/AP
NEW YORK: Juara dunia tiga kali acara pecut, Fred Kerley, direnjat dengan senjata taser dan ditahan selepas terlibat dalam konfrontasi dengan pihak polis di Miami Beach, lapor media Amerika Syarikat lewat Jumaat, memetik agensi berita Jerman dpa.
Atlet berusia 29 tahun itu, yang juga pemenang dua pingat Olimpik dibawa ke hospital sebelum dihantar ke Penjara Daerah Miami-Dade selepas insiden berkenaan.
Menurut laporan media yang memetik polis, Kerley telah menghampiri lokasi siasatan polis yang sedang berlangsung dan cuba menuju ke keretanya yang diletak berhampiran. Pemenang pingat gangsa di Paris itu didakwa enggan meninggalkan kawasan terbabit dan menjadi semakin agresif.
Beliau kemudian dilemahkan oleh beberapa anggota polis menggunakan senjata taser. Perbalahan itu boleh disaksikan dalam video daripada kamera badan seorang anggota polis.
Peguam Kerley, Richard L. Cooper, mengkritik tindakan polis yang dianggap keterlaluan.
"Saya boleh katakan bahawa Encik Kerley ialah seorang atlet yang memecahkan rekod dan telah mewakili negara kita di Sukan Olimpik dengan penuh kehormatan serta kejayaan. Tuduhan ini palsu dan menunjukkan keadaan negeri polis yang ganas di Miami Beach," katanya seperti dilaporkan oleh CBS.
Kerley dijadualkan dibebaskan daripada tahanan pada Sabtu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Fred Kerley
#ditahan polis
#bintang lari pecut AS
#Miami Beach
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan