SEEKOR biri-biri liar yang dalam kesakitan kerana menanggung beban 35 kilogram bulu pada badannya ditemui oleh orang awam di sebuah kawasan hutan di Australia.
Reuters melaporkan, biri-biri yang diberi nama Baarack itu memiliki bulu yang secara perbandingannya adalah kira-kira separuh berat seekor kanggaru dewasa. Ia pastinya suatu lebihan yang amat menyulitkan pergerakan kambing biri-biri itu.
Individu yang menemui Baarack itu segera menghubungi pengusaha ladang ternakan Edgar's Mission Farm Sanctuary berdekatan Lancefield, Victoria, yang terletak kira-kira 60 kilometer di utara Melbourne.
"Baarack dilihat seperti seekor biri-biri yang pernah memiliki tuan. Setelah diperiksa, ia memiliki tanda pada telinganya, namun tag itu sudah tercabut gara-gara lapisan bulu tebal yang turut memenuhi bahagian mukanya.
"Biri-biri perlu dicukur bulunya sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Jika tidak, bulunya itu akan tumbuh dan terus tumbuh, seperti yang berlaku pada Baarack," ujar pengusaha santuari ladang itu, Kyle Behrend.
Secara keseluruhan semua bulu yang dicukur itu adalah seberat 35.4 kilogram.
"Sementara kukunya dalam keadaan baik meskipun sering bergerak di permukaan berbatu di dalam hutan, ia tetap dalam keadaan sukar. Baarack kurus dan kekurangan nutrisi, semua kerana berat bulu yang ditanggungnya," tambah Behrand.
Baarack kini dicampurkan bersama haiwan ternakan lain di ladang Edgar's Mission.
Kata Behrand: "Ini semua menunjukkan betapa biri-biri merupakan sejenis haiwan yang kuat dan gigih dan kita perlu terus menyayangi haiwan ini."
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Agensi
Sat Feb 27 2021
Baarack menanggung kesulitan kerana bulunya sudah lama tidak dicukur lalu menanggung beban 35 kilogram, iaitu seberat kira-kira separuh kanggaru dewasa. - Reuters
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Penyakit 'bluetongue' dikesan di Czech, kali pertama dalam tempoh 15 tahun
Penyakit itu dikesan pada bangkai seekor biri-biri jantan di sebuah ladang berhampiran sempadan Jerman.
Anjing liar mengganas, serang ternakan penduduk
Kumpulan anjing liar itu didapati hanya membunuh biri-biri berkenaan tanpa memakannya.
Lembu sendawa: New Zealand rancang kenakan cukai
Ini akan menjadikannya negara pertama yang mengenakan cukai terhadap penternak bagi pelepasan gas metana.
Tak sempat jual 85 ekor biri-biri, kambing seludup
Menurutnya, hasil siasatan awal, kedua-dua tahanan mengaku terlibat dengan penyeludupan biri-biri dan kambing dari Thailand.
Pemancing dapat tangkap ikan mirip gigi manusia
Ikan itu yang mempunyai barisan gigi mirip manusia dikenali dengan nama ikan berkepala biri-biri.
Biri-biri liar paling 'gebu' akhirnya rasa 'lega'
Biri-biri itu ditemui orang awam yang kemudiannya menghubungi pihak yang berkaitan untuk membantu.
Sampel haiwan diuji positif, Tanzania dakwa kit ujian COVID-19 ada 'masalah teknikal'
Beberapa sampel daripada haiwan telah diguna dan diberikan identiti manusia sebelum dihantar ke makmal bagi mengesan keberkesanan kit ujian berkenaan.
Selepas 7 tahun 'kuarantin diri', biri-biri ditemui semula dengan bulu lebih lebat
Seekor biri-biri ditemukan semula selepas tujuh tahun tidak memunculkan diri dipercayai lari dari sebuah kebakaran di Pulau Tasmania, Australia pada Januari 2013.
15 kambing biri-biri ditemui mati, dipercayai angkara harimau
Penternak kambing biri-biri itu itu menyedari kambingnya mati semasa mahu memberi haiwan itu makan kira-kira pukul 8 pagi.
Jika 26 ekor biri-biri, 10 ekor kambing berada dalam sebuah kapal, berapa usia kapten?
Lima orang pelajar di sebuah sekolah di Nanchong, kawasan Sichuan, diberi soalan untuk meneka berapakah umur kapten kapal sekiranya terdapat 26 ekor biri-biri dan 10 ekor kambing dalam kapal tersebut.