awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LaLiga: Real Madrid pesta jaringan tanpa kelibat Kylian Mbappe
[TERKINI] RUU hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri dibentang 19 Jan - PM Anwar
Menantu Hadi Awang didakwa sertai perhimpunan Kampung Sungai Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

B-King, Regio Clown yang dilapor hilang ditemukan mati dibunuh di Mexico

Bernama
Bernama
23/09/2025
07:00 MYT
B-King,  Regio Clown yang dilapor hilang ditemukan mati dibunuh di Mexico
Pihak berkuasa mengesahkan bahawa mayat yang ditemukan pada 17 Sept di kawasan lapang itu adalah dua pemuzik berkenaan selepas ahli keluarga mengesahkan identiti mereka. - Gambar/ X ML Noticias
MEXICO CITY: Pihak berkuasa di Negeri Mexico pada Isnin mengesahkan bahawa mayat dua pemuzik Colombia ditemukan di sebuah kawasan lapang di Tlalnepantla, pinggir bandaraya Mexico City, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Ringkasan AI
  • Mayat dua pemuzik Colombia, Sanchez Salazar (B-King) dan DJ Herrera (Regio Clown), ditemukan di kawasan lapang di Tlalnepantla selepas dilaporkan hilang sejak 16 September. Identiti mereka disahkan oleh ahli keluarga.
  • Siasatan awal mendapati mayat menunjukkan kesan kekerasan dan pihak berkuasa telah membuka kertas siasatan berhubung kes tersebut.
  • Presiden Colombia Gustavo Petro meratapi kematian kedua-dua pemuzik dan menyalahkan kegagalan dasar keselamatan rantau itu, selain menggesa kerajaan Mexico membantu dalam usaha mengesan warganya yang hilang.

Sanchez Salazar, yang dikenali sebagai B-King dan DJ Herrera, lebih dikenali sebagai Regio Clown, dilaporkan hilang sejak 16 Sept selepas pergi ke sebuah gimnasium di Polanco, kawasan terkenal di Mexico City.
Pihak berkuasa mengesahkan bahawa mayat yang ditemukan pada 17 Sept di kawasan lapang itu adalah dua pemuzik berkenaan selepas ahli keluarga mengesahkan identiti mereka.
Menurut penyiasat, mayat berkenaan menunjukkan kesan kekerasan.
Pihak berkuasa telah membuka kertas siasatan berhubung kes itu.
Kehilangan kedua-dua pemuzik itu mendapat perhatian antarabangsa apabila Presiden Colombia Gustavo Petro menggunakan media sosial untuk meminta kerajaan Mexico membantu mengesan warganya yang hilang.
Petro turut meratapi kematian Sanchez dan Herrera, sambil menyalahkan kegagalan dasar keselamatan di rantau itu sebagai punca tragedi berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemuzik Colombia
#B-King
#Regio Clown
#Mexico
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan