awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
Bas ekspres terbabas punca kemalangan tiga kenderaan di lebuh raya PLUS - Polis
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boeing setuju mengaku bersalah konspirasi penipuan dalam siasatan nahas maut 737 MAX

Reuters
Reuters
08/07/2024
10:10 MYT
Boeing setuju mengaku bersalah konspirasi penipuan dalam siasatan nahas maut 737 MAX
Boeing juga akan membelanjakan sekurang-kurangnya AS$455 juta dalam tempoh tiga tahun untuk meningkatkan program keselamatan dan pematuhan. - Gambar fail/ Reuters
WASHINGTON: Boeing bersetuju untuk mengaku bersalah atas pertuduhan konspirasi penipuan jenayah serta membayar denda AS$243.6 juta bagi menyelesaikan siasatan berhubung kes kemalangan maut dua pesawat 737 MAX, menurut kerajaan dalam satu pemfailan di mahkamah, semalam.

Ringkasan AI
  • Boeing setuju mengaku bersalah atas pertuduhan konspirasi penipuan jenayah berkaitan kemalangan maut dua pesawat 737 MAX dan bersetuju membayar denda AS$243.6 juta untuk menyelesaikan siasatan.
  • Penyelesaian ini memerlukan kelulusan hakim dan mencetuskan kritikan daripada keluarga mangsa yang mahukan hukuman lebih berat serta perbicaraan penuh terhadap Boeing.
  • Boeing juga akan membelanjakan sekurang-kurangnya AS$455 juta dalam tempoh tiga tahun untuk meningkatkan program keselamatan dan pematuhan, serta lembaga syarikat perlu bertemu dengan waris mangsa kemalangan.

Perjanjian pengakuan berkenaan - yang memerlukan kelulusan hakim - akan meletakkan syarikat pengeluar pesawat itu dengan sabitan kesalahan membabitkan nahas terbabit yang masing-masing berlaku di Indonesia serta Ethiopia pada 2018 dan 2019 sehingga mengorbankan 346 mangsa.
Bagaimanapun, penyelesaian bagi kes yang disiasat Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) itu mencetuskan kritikan daripada keluarga mangsa yang mahu Boeing menjalani perbicaraan dan dikenakan hukuman lebih berat.
Pengakuan bersalah itu - sekiranya dilakukan - berpotensi menggugat keupayaan Boeing untuk memperoleh kontrak kerajaan yang lumayan, termasuk daripada Jabatan Pertahanan AS serta Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA).
Boeing berdepan pertuduhan jenayah selepas Jabatan Kehakiman pada Mei lalu mendapati syarikat itu melanggar penyelesaian pada 2021 membabitkan kemalangan maut.
Sementara itu, jurucakap Boeing mengesahkan syarikat berkenaan telah 'mencapai satu perjanjian secara prinsip dari segi terma penyelesaian dengan Jabatan Kehakiman.'
Perjanjian itu termasuk persetujuan Boeing untuk membelanjakan sekurang-kurang AS$455 juta dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi mempertingkatkan program keselamatan serta pematuhan.
Menurut pemfailan itu lagi, pihak lembaga Boeing juga perlu mengadakan pertemuan dengan waris mangsa yang terkorban dalam kemalangan pesawat MAX terbabit.
Selain itu, pemantau bebas akan turut meneliti pematuhan Boeing sepanjang tempoh tiga tahun.
Bagaimanapun, peguam kepada beberapa keluarga mangsa memberitahu, mereka merancang untuk menggesa Hakim Reed O'Connor yang akan membuat keputusan berhubung perkara itu, supaya menolak perjanjian berkenaan.
Topic Berkaitan
#nahas pesawat
#Boeing 7373 MAX
#Indonesia
#ethiopia
#keputusan mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan