awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boris Johnson jalani kuarantin di rumah selama 14 hari

Agensi
Agensi
16/11/2020
11:29 MYT
Boris Johnson jalani kuarantin di rumah selama 14 hari
Johnson menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari selepas mendapat amaran dari aplikasi NHS Test and Trace yang memaklumkan beliau mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19. - Gambar fail
LONDON:Perdana Menteri United Kingdom, Boris Johnson mengumumkan beliau menjalani kuarantin kendiri berikutan amaran dari aplikasi Ujian dan Jejak Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS).
Amaran itu memaklumkan beliau ada berkontak rapat dengan pesakit COVID-19.
Ujarnya, walaupun sistem imunisasinya kuat selepas pulih dari penyakit itu awal tahun ini, beliau tetap akan menjalani kuarantin selama 14 hari mengikut peraturan yang ditetapkan kerajaan.
“Salah satu cara yang dapat kita lakukan sekarang adalah dengan mengasingkan diri selama 14 hari apabila anda dihubungi oleh NHS Test and Trace dan saya melakukannya dengan hati yang terbuka dan penuh keyakinan.
"Jangan lupa, kita bukan sahaja mempunyai teknik ini untuk menghentikan penyebaran COVID, tetapi kita juga mempunyai dua sarung tangan yang dapat mengalahkan musuh kita (COVID-19), ujian aliran lateral massa dan ujian pemulihan cepat.
"Kita juga sudah melakukancpuluhan juta ujian ini.
"Dan, tentu saja, prospek vaksin, yang saya harap kita dapat mula menyebarkannya kepada mereka yang benar-benar memerlukannya, mungkin sekurang-kurangnya akan dilakukan sebelum Krismas,” ujar Johnson menerusi Twitter rasminya.
Johnson juga yakin, COVID-19 dapat diperangi semua pihak.
Beliau pada masa sama mengingatkan seluruh rakyatnya supaya sentiasa mengamalkan kebersihan, memakai pelitup muka, jalani ujian saringan sekiranya mempunyai simptom dan terus mengikut peraturan yang ditetapkan.
Im in good health and have no symptoms, and will continue to lead on our response to the virus & our plans to #BuildBackBetter pic.twitter.com/yNgIme8lOz
— Boris Johnson (@BorisJohnson) November 16, 2020
Topic Berkaitan
#Boris Johnson
#COVID-19
#kuarantin
#United Kingdom
#pandemik
#jangkitan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan