awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK, Perancis sedia hantar tentera ke Ukraine jika rundingan damai tercapai
Ole Gunnar Solskjaer semakin hampir kembali ke Manchester United
"Tak datang Turkiye, putus kawan" - PM Anwar kongsi gurauan Presiden Erdogan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boris Johnson mungkin kalah dalam pilihan raya seterusnya - Tinjauan

Astro Awani
Astro Awani
03/01/2021
04:10 MYT
Boris Johnson mungkin kalah dalam pilihan raya seterusnya - Tinjauan
Boris Johnson (gambar) berisiko kehilangan kedudukannya sendiri di Uxbridge, sebelah barat London. - Gambar fail
PERDANA Menteri Britain Boris Johnson kemungkinan akan kehilangan kedudukannya dan kedua-dua parti politik utama dijangka tidak akan memperoleh majoriti pada pilihan raya akan datang.
Rumusan tersebut diperoleh hasil tinjauan terperinci pertama mengenai persepsi masyarakat terhadap pengendalian Johnson terhadap perbincangan Brexit yang baru selesai dan pandemik COVID-19.
Lebih daripada 22,000 terlibat dalam tinjauan umum yang dikaji dengan teliti di setiap kawasan pilihan raya selama empat minggu pada Disember.
Tinjauan itu dilakukan syarikat data penyelidikan Focaldata dan diterbitkan oleh Sunday Times.
Hasil tinjauan itu mendapati parti Konservatif yang berkuasa ketika ini akan kehilangan 81 kerusi sekali gus kehilangan 80 kerusi majoriti.
Ini menjadikan Parti Buruh pembangkang memenangi 282 kerusi.
Parti Nasional Scotland, diunjurkan memenangi 57 daripada 59 kerusi di Scotland yang bermaksud parti itu boleh menjadi “kingmaker” dalam membentuk kerajaan seterusnya.
Perdana Menteri berisiko kehilangan kedudukannya sendiri di Uxbridge, sebelah barat London.
Kepimpinan Johnson, bagaimanapun, ketika ini dinilai berdasarkan kendalian pandemik koronavirus yang telah membunuh lebih 74,000 rakyat negara itu dan menjejaskan ekonomi.
Topic Berkaitan
#London
#Britain
#Brexit
#Scotland
#Perdana Menteri
#pembangkang
#Boris Johnson
#COVID-19
#pilihan raya
#ekonomi
#pandemik
#koronavirus
#kerajaan
#politik
#tinjauan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan