awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada penalti CP500 bagi pembayar cukai individu tahun taksiran 2026 - LHDN
Rubio nafi penahanan Maduro bermotifkan minyak, tegas tindakan AS tidak langgar undang-undang
Isu putus atau bergabung perlu dibincang secara matang, bukan terburu-buru - Azalina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Brad Pitt' takut keluar rumah

Agensi
Agensi
08/08/2019
12:01 MYT
'Brad Pitt' takut keluar rumah
Nathan Meads, 33, dari Oxford berkata, ramai orang sering tersilap meminta izin mengambil gambar dan autograf kerana menyangka dia adalah Brad Pitt. - Foto Agensi
Gara-gara berwajah seiras aktor Hollywood terkenal, Brad Pitt, jurubina di Britain ini sering dikerumuni peminat pelakon terbabit.
Nathan Meads, 33, dari Oxford berkata, ramai orang sering tersilap meminta izin mengambil gambar dan autograf kerana menyangka dia adalah Brad Pitt.
"Saya tidak boleh ke mana-mana. Saya tidak boleh masuk ke kedai. Anda akan melihat mereka di belakang kaunter berbisik sesama sendiri kerana menyangka saya ialah Brad Pitt," katanya.
Meads mendakwa dia tidak dapat melihat persamaan antaranya dengan bekas suami aktres Angelina Jolie itu walaupun turut menyimpan janggut sejemput seperti Brad Pitt.
Bagaimanapun, dia tidak mengubah penampilan lain untuk kelihatan sama seperti pelakon Ocean's Eleven tersebut.
Menurutnya, dia sering mendapat ratusan mesej di media sosial dan cuba membalasnya dan mengaku perhatian luar biasa seperti itu tidak mengganggu hidupnya.
"Jika saya boleh buat orang lain tersenyum. Saya gembira untuk lakukannya," ujarnya.
Berwajah kacak seperti Brad Pitt juga memberi kelebihan kepada Meads untuk tampil menerusi beberapa program TV tempatan termasuk Take Me Out, sebuah rancangan 'dating game show'. - Agensi
Topic Berkaitan
#Angelina Jolie
#Brad Pitt
#Britain
#Hollywood
#media sosial
#Nathan Meads
#Ocean's Eleven
#Oxford
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan