awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam murid di Kota Tinggi disahkan hidap tibi
Bekas kapten Terengganu Zulharisam Awang meninggal dunia
UK lapor 36 kes berisiko keracunan susu formula bayi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Brazil sedia laksana undang-undang timbal balas susulan pengumuman tarif 50 peratus

Agensi
Agensi
11/07/2025
00:50 MYT
Brazil sedia laksana undang-undang timbal balas susulan pengumuman tarif 50 peratus
Alckmin bercakap pada satu program di istana presiden Planalto di Brasilia, Brazil, 10 Julai 2025. (Foto AP)
BRASILIA: Naib Presiden Brazil, Geraldo Alckmin, pada Khamis mengesahkan bahawa undang-undang timbal balas negara itu kini sedia untuk dilaksanakan serta-merta susulan pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, untuk mengenakan tarif 50 peratus ke atas barangan Brazil.
Bercakap pada satu sidang media, Alckmin berkata undang-undang tersebut telah pun diluluskan oleh Kongres Kebangsaan Brazil dan dekri pelaksanaannya dijangka diterbitkan dalam masa terdekat.
Beliau turut mengkritik bekas presiden Jair Bolsonaro atas peranannya dalam pertikaian perdagangan sambil menyatakan bahawa sekutu Bolsonaro masih terus bertindak bertentangan dengan kepentingan Brazil meskipun telah meninggalkan jawatan.
Dalam pada itu, Menteri Pertanian Brazil, Carlos Favaro, mengumumkan rancangan untuk mempelbagaikan rakan dagang negara dengan menyasarkan pasaran di Timur Tengah, Asia Selatan dan negara-negara Selatan Global sebagai alternatif bagi eksport Brazil.
Sementara itu, Presiden Luiz Inácio Lula da Silva pula menyatakan keutamaan beliau terhadap penyelesaian secara diplomatik, namun menegaskan bahawa Brazil akan bertindak balas secara sama rata sekiranya tarif dari Amerika Syarikat itu dilaksanakan.
Topic Berkaitan
#Brazil
#geraldo alckmin
#undang-undang timbal balas
#tarif AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan