awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Brexit gagal dicapai di Brussels, Britain mahu adakan rundingan lanjut

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
05/12/2017
02:02 MYT
Brexit gagal dicapai di Brussels, Britain mahu adakan rundingan lanjut
Hasrat Britain untuk melihat rundingan Brexit berjaya dimuktamadkan pada Isnin bertemu kegagalan. -Gambar fail
Hasrat Britain untuk melihat rundingan Brexit berjaya dimuktamadkan pada Isnin bertemu kegagalan.
Presiden Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU) Jean-Claude Juncker berkata kesepakatan mengenai syarat perpisahan Britain dari EU belum tercapai.
Berdasarkan perbincangan bersama Perdana Menteri Britain Theresa May, Juncker berkata kedudukan semasa kedua-dua belah pihak masih belum bertemu kata sepakat.
Namun beliau percaya ia dapat diselesaikan menjelang sidang kemuncak kesatuan itu pada 15 Disember ini.
"Kami kini mempunyai persefahaman mengenai isu-isu yang relevan.
"Hanya terdapat dua atau tiga perbincangan dan ia memerlukan perbincangan lanjut." jelas Juncker dalam sidang media bersama Theresa May.
Sementara itu May pula berkata rundingan lanjut akan diteruskan minggu ini dan menegaskan hasil positif dicapai.
"Kedua-dua pihak telah bekerja keras dengan niat baik.
"Kami telah berunding di beberapa peringkat dan banyak kemajuan telah dibuat dan terdapat pemahaman yang sama dalam banyak isu.
"Namun, dalam beberapa isu ada perbezaan yang tetap memerlukan rundingan dan perundingan lanjut dan akan diteruskan tetapi kami akan kembali semula sebelum akhir minggu ini," jelas May.
Topic Berkaitan
#Brexit
#Britain
#European Union
#jean claude juncker
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan