awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BRI: Itali pertimbang cara 'lembut' keluar, sertai projek cabar inisiatif China

Bernama
Bernama
11/09/2023
12:28 MYT
BRI: Itali pertimbang cara 'lembut' keluar, sertai projek cabar inisiatif China
Perdana Menteri Giorgia Meloni secara terbuka berkata Itali sedang mempertimbangkan untuk keluar dari perjanjian yang ditandatangani dengan China pada 2019. - Reuters
ROM: Itali sedang mencari jalan untuk meninggalkan inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) China tanpa menjejaskan hubungannya dengan Beijing, ketika gergasi Asia itu melihat cita-cita ekonomi globalnya terjejas.
Mengesahkan hasratnya, Rom telah menyertai sebahagian projek Perkongsian untuk Pelaburan Infrastruktur Global (PGII) - inisiatif yang diterajui Barat untuk membiayai projek infrastruktur di seluruh dunia, menurut Agensi Anadolu.
PGII termasuk Koridor Ekonomi India-Asia Barat-Eropah (IMEC) baharu, yang diumumkan pada sidang kemuncak G20 di New Delhi pada hujung minggu dan dilihat sebagai pencabar kepada BRI.
Kerajaan sayap kanan Perdana Menteri Giorgia Meloni secara terbuka berkata Itali sedang mempertimbangkan untuk keluar dari perjanjian yang ditandatangani dengan China pada 2019.
Pada ketika itu, Itali mengejutkan AS dan rakan kongsi Eropah dengan menjadi negara Kumpulan Tujuh (G7) pertama menyertai BRI, projek infrastruktur global terbesar yang pernah ada.
Di bawah inisiatif itu, bank dan syarikat China telah membiayai dan membina semuanya dari loji janakuasa, kereta api, lebuh raya dan pelabuhan hingga infrastruktur telekomunikasi, kabel gentian optik dan bandar pintar di seluruh dunia.
Dengan memorandum persefahaman lima tahun untuk diperbaharui pada Mac 2024, Itali nampaknya bersedia untuk menarik diri daripada perjanjian itu selepas menyatakan kekecewaan dengan janji inisiatif yang tidak dipenuhi.
Itali dijangka mengumumkan pada Disember jika ia secara rasmi menamatkan penyertaannya dalam projek penting China itu.
Di bawah perjanjian asal, kedua-dua pihak boleh menamatkan perjanjian itu selepas lima tahun, jika tidak perkongsian akan dilanjutkan untuk tempoh lima tahun lagi.
Itali mempunyai masa sehingga akhir 2023 untuk memaklumkan China sama ada ia mahu menamatkan perjanjian itu.
--BERNAMA-AGENSI ANADOLU
Topic Berkaitan
#Itali
#Infrastruktur
#BRI china
#PGII
#Giorgia Meloni
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan