ANGKATAN Pertahanan Israel (IDF) memohon maaf di atas kematian wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh, iaitu genap setahun pemergiannya selepas peluru menembusi belakang kepalanya ketika mengadakan liputan penguasaan tentera Israel di Jenin, Tebing Barat.
Ini merupakan permohonan maaf pertama kali dibuat oleh IDF di atas kejadian pembunuhan wartawan ternama itu sambil mengakui, terdapat ‘kemungkinan besar’ Shireen ditembak oleh tentera Israel.
Permohonan maaf itu dikemukakan jurucakap IDF, Rear Adm. Daniel Hagari, dalam wawancara bersama hos CNN, Eleni Giokos dalam program Connect the World yang disiarkan pada Khamis.
“Saya fikir ini adalah kesempatan terbaik untuk saya menyatakan bahawa kami sangat kesal dengan kematian Shireen Abu Akleh,” katanya.
“Beliau (Shireen) merupakan wartawan yang sangat terkenal. Di Israel kami menghargai demokrasi dan dalam sebuah demokrasi, kami melihat betapa tingginya nilai kewartawanan dan kebebasan media.
“Kami inginkan wartawan berasa selamat di Israel, terutama dalam masa perang walaupun mereka mengkritik kami,” tegasnya lagi.
Pada 11 Mei tahun lalu, Shireen terbunuh dalam serangan yang berlaku sekitar pukul 6.30 pagi.
Ketika insiden berkenaan, Shireen bersama-sama sepasukan wartawan lain sedang berdiri di pintu masuk kem pelarian di Jenin.
Kesemua wartawan yang berada di situ bagi mengadakan liputan serangan tentera rejim Israel mengenakan jaket (vest) biru iaitu pengenalan diri mereka sebagai pengamal media.
Shireen yang berdarah Palestin-Amerika berusia 51 tahun ketika itu.
Agensi
Thu May 11 2023
Angkatan Pertahanan Israel memohon maaf di atas kematian wartawan Al Jazeera, Shireen Abu Akleh, iaitu genap setahun pemergiannya semalam (11 Mei). - Gambar Facebook/ Shireen Abu Akleh
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Penggiat industri pelancongan digesa supaya sentiasa mematuhi Standard Pelancongan ASEAN bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan sektor itu.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Nur Shazrin kemungkinan 'terpaksa' melupakan penampilan kali ketiganya di Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan kecederaan pada tangan kanannya ketika menyertai kejohanan Last Chance Regatta di Hyeres.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Sebanyak 49.8 peratus atau 538 daripada 1,080 taska yang tidak berdaftar dengan JKM di negara ini telah diambil tindakan penguatkuasaan dan pentadbiran.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
AAG mencatatkan prestasi yang bertambah baik dengan merekodkan faktor muatan sebanyak 90 peratus pada suku pertama 2024, mencerminkan peningkatan satu peratus tahun ke tahun.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Buat pertama kali, Israel minta maaf atas kematian wartawan Shireen Abu Akleh
IDF mengakui, terdapat 'kemungkinan besar' Shireen ditembak oleh tentera Israel.