awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengurusan tanah rumah ibadat di bawah bidang kuasa kerajaan negeri - Aaron
Bunuh ibu tunggal: Tiga lelaki direman tujuh hari
PokéPark Kanto buka tirai di Tokyo, Pokémon ‘hidup’ dalam dunia sebenar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak 2 tahun terperangkap dalam lubang, operasi SAR masuk fasa kritikal

Astro Awani
Astro Awani
25/01/2019
11:01 MYT
Budak 2 tahun terperangkap dalam lubang, operasi SAR masuk fasa kritikal
Usaha menyelamat Julen Rosell (gambar kecil) yang jatuh ke dalam lubang sedalam 3.8 meter sejak 12 hari lalu memasuki fasa terakhir dan berbahaya hari ini. -Gambar Reuters
Usaha menyelamat seorang kanak-kanak berusia 2 tahun yang jatuh ke dalam lubang sedalam 3.8 meter sejak 12 hari lalu memasuki fasa terakhir dan berbahaya hari ini.
Pasukan penyelamat dengan bantuan pelombong terpaksa menggunakan tangan untuk menggali tanah di mana kanak-kanak itu, Julen Roselló dipercayai terjatuh dalam insiden di sebuah tapak tanah kosong di Malaga, Sepanyol.
Dalam kejadian pada 13 Januari lalu, Julen sedang berjalan bersama keluarganya sebelum dia dipercayai terjatuh ke dalam lubang berkenaan.
Lubang dengan luas bukaan sempit 10 inci itu tidak memungkinkan mana-mana orang dewasa untuk masuk dan menarik keluar kanak-kanak tersebut ke permukaan.
Lubang seluas 10 inci di mana Julen dipercayai terjatuh.
Lubang seluas 10 inci di mana Julen dipercayai terjatuh.
Operasi tambah sukar apabila berlaku tanah runtuh di beberapa bahagian tanah ketika operasi menyelamat dilakukan.
Lantas, sebuah lubang lain yang lebih besar digali pada kedalaman sama berhampiran lubang asal untuk memuatkan saiz orang dewasa.
Anggota penyelamat akan diturunkan dan seterusnya mengorek terowong ke arah lokasi kanak-kanak itu dipercayai berada.
Pada Jumaat, pasukan penyelamat telah menggali menggunakan tangan bagi mengelak risiko tanah runtuh.
Anggota penyelamat akan diturunkan dan seterusnya mengorek terowong ke arah lokasi kanak-kanak itu dipercayai berada.
Anggota penyelamat akan diturunkan dan seterusnya mengorek terowong ke arah lokasi kanak-kanak itu dipercayai berada.
Sehingga berita ini ditulis, operasi menyelamat Julen masih diteruskan.
Tahun lepas, dunia digemparkan dengan operasi menyelamat 12 remaja dan jurulatih bola sepak mereka yang terperangkap dalam gua Tham Luang, di Chiang Rai, Thailand selama lebih dua minggu pada Julai.
BACA: Misi menyelamat remaja di gua Tham Luang hampir berakhir dengan tragedi
Misi yang dianggap mustahil dan amat berbahaya itu telah meragut nyawa seorang penyelam.
BACA: Penyelam Thai maut dalam misi menyelamatkan pasukan bola sepak di gua
Topic Berkaitan
#10 inci
#hilang
#Julen Rosell
#Kanak-kanak
#Malaga
#operasi
#sepanyol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan