awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak mangsa gempa Palu dinoda tiga lelaki

Sinar Harian
Sinar Harian
17/10/2018
06:50 MYT
Budak mangsa gempa Palu dinoda tiga lelaki
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres (empat kiri) melawat pusat perlindungan yang menempatkan mangsa bencana berganda di Palu pada Jumaat lalu. - Foto Agensi/Sinar Harian
Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun yang merupakan mangsa korban bencana gempa dan tsunami di Palu, Sulawesi Tengah diperkosa tiga lelaki.
Murid kelas 1 sekolah dasar (SD) dikenali sebagai SH itu dirogol di tempat perlindungan mangsa bencana berganda di Makassar, semalam.
Jurucakap polis, Kompol Anugraha berkata, salah seorang lelaki itu, remaja berumur 14 tahun telah diberkas.
"Kes tersebut telah dipindahkan ke Unit Perlindungan Wanita dan Kanak-kanak (PPA). Dua lagi pelaku dipercayai tinggal di Kabupaten Maros masih diburu," katanya.
Menurutnya, insiden itu berlaku ketika SH sedang bermain sendirian sebelum dia diheret ke kawasan tanah lapang oleh ketiga-tiga pelaku yang bertindak merogolnya.
"Mereka kemudiannya menghantar mangsa di hadapan rumahnya. Dia mengadu kesakitan dan menceritakan kepada keluarganya," ujarnya lagi.
Sejurus mendengar cerita kanak-kanak itu, penduduk bertindak mengejar pelaku dan hanya berjaya menangkap salah seorang daripada mereka. - Serambinews.com
Topic Berkaitan
#gempa
#Kanak-kanak
#mangsa
#Palu
#polis
#rogol
#tsunami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan