Seorang kanak-kanak perempuan menemui ajal selepas ditampar pada bahagian belakang kepala oleh ibunya dalam kejadian di China.

Insiden tragis itu berlaku di bandar Tongchuan, wilayah Shaanxi.

Lapor media tempatan, ibu mangsa naik berang selepas kanak-kanak berusia lapan itu membuat kerja sekolah sambil menonton rancangan kartun.

"Akibat terlalu marah, wanita terbabit menampar bahagian belakang kepala mangsa dengan kuat sebelum kanak-kanak terbabit menangis tanpa henti.

"Bagi memujuk mangsa, wanita itu memberinya makan kaki ayam. Tidak lama selepas itu, mangsa menunjukkan simptom pening dan muntah.

"Mangsa meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital," kata polis.

Sementara itu, doktor memberitahu punca kematian mangsa disebabkan pukulan kuat pada bahagian belakang mangsa.

Difahamkan, saraf otak mangsa pecah sekali gus menjurus kepada kematian kanak-kanak terbabit. - Agensi