awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penganjuran Festival Muzikal Air akan disesuaikan - Zahid Hamidi
Warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah berkunci
Arab Saudi gantung kontrak 1,800 agensi pelancongan umrah asing kerana tidak patuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki direman tujuh hari bantu siasatan kes warga tempatan ditembak ketika cari petai

Bernama
Bernama
16/12/2025
15:31 MYT
Lelaki direman tujuh hari bantu siasatan kes warga tempatan ditembak ketika cari petai
Seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes warga tempatan dipercayai ditembak ketika mencari petai di kawasan hutan Kampung Maasop, Senaling, 12 Dis lepas. - Foto hiasan
KUALA PILAH: Seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes warga tempatan dipercayai ditembak ketika mencari petai di kawasan hutan Kampung Maasop, Senaling di sini 12 Dis lepas.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Muhamad Mustafah Hussin berkata perintah reman ke atas suspek berusia 40-an itu bermula semalam.
Beliau berkata lelaki itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah pada Ahad hasil kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.
"Siasatan awal mendapati suspek dipercayai terlibat secara langsung dalam kejadian berkenaan. Pihak polis turut merampas beberapa barangan yang mempunyai kaitan dengan kes itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata lelaki itu juga mempunyai satu rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Pada 12 Dis lepas, seorang lelaki dilaporkan cedera dipercayai ditembak individu tidak dikenali semasa mencari petai di kawasan hutan Kampung Maasop, Senaling.
Menurut polis, mangsa yang berusia 47 tahun berada di lokasi seorang diri dan lelaki itu dikatakan terkena tembakan peluru penabur di bahagian rusuk sebelah kanan dan belakang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cari petai
#reman tujuh hari
#Polis Daerah Kuala Pilah
#Kampung Maasop Senaling
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan