Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 Disember 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 16 Disember 2025.
Langkah tersebut diambil untuk membezakan antara pemberi maklumat (whistleblower) dan penjenayah yang berselindung di sebalik status selaku pemberi maklumat.
Tarikh penamaan calon dan pengundian awal PRK berkenaan masing-masing ditetapkan pada 10 Jan dan 20 Jan.
Siasatan oleh PDRM dilakukan secara telus tanpa sebarang pengecualian, dengan jaminan dari Ketua Polis Negara dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM.
Hannah Yeoh dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) dalam rombakan Kabinet Kerajaan Madani yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pejabat Perdana Putra pada Selasa.
Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Nai’m Mokhtar antara nama yang tidak tersenarai dalam kabinet baharu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Upacara angkat sumpah jawatan menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet Kerajaan MADANI akan diadakan di Istana Negara pada Rabu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Harga beberapa pas perjalanan Rapid KL akan diselaraskan berkuat kuasa 1 Jan 2026, sesuai dengan perkembangan rangkaian pengangkutan awam serta bagi memastikan perkhidmatan yang lebih stabil dan mampan untuk jangka panjang.
Sebarang perbincangan berkaitan pengiktirafan sijil pendidikan termasuk Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) perlu dinilai secara menyeluruh dan objektif dalam kerangka sistem pendidikan negara sedia ada.
Siasatan polis terhadap kes tembakan melibatkan tiga lelaki yang disyaki perompak di Durian Tunggal, Melaka bulan lalu telah diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh.
Jawatankuasa Siasatan Bebas (IIC) yang dibentuk oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan bahawa mereka gagal mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dalam kes pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


