Seorang lelaki yang kini berdepan perbicaraan kerana menjadi suspek utama dalam kes bunuh paling gempar di Indonesia, Muhamad Kholili, 23, mengaku sedia menerima hukuman mati atas kesalahannya.
Menurut kronologinya, pembunuhan itu terjadi pada Isnin (4 Disember) lalu.
Bermula daripada pertengkaran, Kholili yang memukul isterinya, Siti Saadah, 21, hingga tidak sedarkan diri melakukan lebih daripada itu.
Dia telah mengerat jasad isterinya kepada tiga bahagian, membuangnya di dua lokasi berbeza dan datang semula pada hari berikutnya untuk membakar keratan jasad itu kerana bimbang ditemui orang ramai.
Dalam satu laporan media tempatan, Kholili berkata, pada Isnin malam itu dia masih tidur di rumah sewa mereka, dengan mayat isterinya.
“Saya letakkan mayat Siti di ruang tengah, di atas karpet. Saya tidur di ruang depan,” akuinya.
Pada keesokan harinya, Selasa (5 Disember), Kholili terpikir untuk membuang mayat Siti, namun terlebih dahulu dia mengeratnya.
BACA: 'Saya hanya menangis, terbayang anak ketika mengerat tubuh isteri saya'
“Saya sedia dihukum mati. Ini tanggungjawab saya,” ujar Kholili dalam satu wawancara eksklusif dengan Suara.com di Karawang, Jawa Barat, Jumaat lalu.
Dalam wawancara itu, Kholili menyatakan kekesalan atas perbuatannya – yang boleh membawa hukuman mati, atau hukuman penjara seumur hidup, atau penjara sementara selama 20 tahun.
Kholili memberitahu, ibu bapanya sempat menemuinya ketika dalam tahanan.
Menurutnya, mereka sama sekali tidak menyangka dirinya sanggup membunuh isteri sendiri sekejam itu, memandangkan sebelum ini dia tidak pernah ada masalah dengan pihak polis dan undang-undang.
“Saya meminta maaf kepada orang tua saya, karena selalu menyusahkan mereka. Saya juga ingin minta maaf kepada orang tua Siti. Saya minta maaf kerana telah gelap mata. Saya akan terima apapun hukumannya,” tuturnya.
Kholili yang bekerja sebagai pembantu am pejabat sebelum ini pernah mendakwa, dia bertindak sedemikian kerana tidak tahan dengan desakan isterinya yang mahu dibelikan kereta.
BACA: Bosan didesak beli kereta, suami kerat dan bakar isteri
“Jangankan hendak beli kereta, beli susu untuk anak kami pun susah,” ujarnya yang hanya bergaji bulanan sekitar 3.8 juta Rupiah (RM1,140). Kholili dan Siti Saadah mempunyai bayi yang baru masuk usia dua tahun.
Dalam wawancara eksklusif itu, Kholili berkata, oleh kerana pendapatan yang hanya ‘cukup-cukup’ dan adakalanya terdesak untuk menyara tiga orang, Siti ambil keputusan untuk bekerja.
Siti mendapat pekerjaan sebagai petugas pemasaran kompleks perumahan di Karawang.
“Dia dapat gaji 5 juta Rupiah (RM1,500). Kerana perbezaan gaji itu, harga diri saya diinjak-injak," tuturnya.
Kholili berkata, isterinya itu sudah mula lupa tugas sebagai isteri sejak bekerja, malah dirinya sering dimarahi dan dikasari secara fizikal. Malah, anak mereka diminta dihantar ke rumah ibu bapa Kholili di Bogor untuk menguruskannya.
Pada masa sama, perbelanjaan untuk keperluan Siti semakin meningkat tapi semua itu menggunakan wang Kholili. Dari soal makan (Siti tidak mahu memasak lantas serng makan di luar), hinggalah menanggung ansuran motosikal Kawasaki Ninja.
Selain kos belanja yang bertambah kerana suka mendandan diri di salon, akhirnya puncak kemarahan Kholili apabila Siti mendesak mahu dibelikan kereta pula, atas sebab terpengaruh dengan teman-teman berkereta dan alasan memerlukannya untuk ke tempat kerja.
Ketika itulah pertengkaran berlaku, hingga membawa kepada kes pembunuhan itu.
Pihak polis memberitahu, Kholili telah cuba membuat laporan kepada pihak berkuasa tentang kehilangan isterinya selepas itu.
Oleh kerana terdapat banyak kecurigaan dalam laporannya, pihak polis telah menubuhkan pasukan siasatan khas untuk membongkar dan menyelesaikan kisah pembunuhan tersebut.
Sehingga hari ini, kes bunuh itu masih menjadi antara liputan utama di semua media Indonesia, dan terus diperbualkan oleh rakyat dan netizen republik tersebut.
BACA: 'Lelaki laknat, gak punya otak!' Netizen Indonesia berang kes suami bunuh isteri
Agensi
Mon Dec 18 2017
Gambar kenangan ketika Kholili dan Siti Saadah dalam fasa bahagia. - Foto Instagram
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Suami bunuh isteri, berang muat naik gambar bersama lelaki lain di Facebook
Insiden pembunuhan terhadap mangsa berlaku di hadapan mentuanya di rumah mereka.
Berang dicurangi, lelaki tikam isteri berkali-kali hingga mati
ML yang berasal dari Nusa Tenggara Timur (NTT) turut berasa kesal kerana terlalu mengikut rasa amarah pada hari kejadian.
Polis buru suami mangsa bunuh di Balik Pulau
Polis masih memburu seorang lelaki warga Myanmar yang dipercayai suami kepada wanita warga asing yang menjadi mangsa bunuh dalam kejadian di Flat Taman Indah, Batu Maung, di sini pada Rabu malam.
Penganggur didakwa bunuh isteri
Tertuduh disyaki membunuh mangsa kerana tidak puas hati apabila wanita itu meneruskan tuntutan fasakh.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Jun 2024.
Lelaki mengaku bunuh isteri direman tujuh hari
Perintah reman terhadap suspek berusia 37 tahun itu dikeluarkan Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin hari ini.
Suami serah diri di balai polis selepas bunuh isteri dalam bilik hotel
Seorang lelaki menyerah diri di balai polis selepas membunuh isterinya dengan menggunakan pisau dalam sebuah bilik hotel di Jalan Pejabat Pos, Batu Gajah, hari ini.
Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging ditawar kepada jiran
Saksi memberitahu mangsa dipukul dengan kayu sebelum dibunuh kejam dan tubuhnya dikerat-kerat di tengah jalan.
Bunuh bekas isteri dalam idah: Hukuman mati bapa lima anak diganti penjara 33 tahun
Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap pada 27 Ogos 2005.
Pengurusan kes bekas tentera bunuh isteri ditetapkan 1 Mac
Mahkamah Majistret Kangar menetapkan 1 Mac ini sebagai tarikh pengurusan kes bagi permohonan pihak pendakwaan memindahkan kes bekas tentera yang didakwa membunuh isterinya, ke Mahkamah Tinggi.