KAHERAH: Ketua pejuang Hamas, Ismail Haniyeh berkata, sebarang perjanjian yang tidak menjamin gencatan senjata dan menamatkan serangan Israel di Gaza adalah 'bukan perjanjian'.
Selain itu, beliau turut menegaskan pembunuhan ahli keluarganya tidak mengubah penentangan Hamas terhadap Israel.
Tambah Haniyeh, membunuh saudara-maranya tidak akan mempengaruhi tindakan pejuang Hamas di mana-mana peringkat.
Kenyataan Haniyeh ini hadir selepas kematian kakaknya akibat serangan rejim Zionis Israel, pada Selasa.
Isnin lalu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu akui sedia menerima perjanjian gencatan senjata separa, yang akan membuka jalan untuk warga Israel yang ditahan di Gaza dibebaskan.
Beliau bagaimanapun menekankan, tidak akan bersetuju dengan mana-mana perjanjian yang akan menamatkan perang di Gaza secara keseluruhannya.
Bulan lalu, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden mengumumkan cadangan gencatan senjata.
Cadangan itu antara lain merangkumi jeda selama enam minggu, pembebasan tebusan Israel di Gaza dan penduduk Palestin yang ditahan di penjara Zionis.
Pertukaran ini kemudian akan membolehkan rundingan dijalankan bagi gencatan senjata kekal.
Astro Awani
Wed Jun 26 2024
Kenyataan Haniyeh ini hadir selepas kematian kakaknya akibat serangan rejim Zionis Israel, pada Selasa. - Foto fail/AP
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Pemimpin dari luar Gaza mungkin dinamakan pengganti Yahya Sinwar - Hamas
Hamas mesti pertimbang bukan sahaja keutamaan penyokong utamanya - Iran - tetapi juga kepentingan negara Qatar.
Hamas puji serangan Iran ke atas Israel
Serangan Iran ke atas Israel itu sebagai membalas dendam kematian Ismail Haniyeh dan Hassan Nasrallah.
Iran akan bertindak balas pada 'masa yang sesuai' terhadap pembunuhan Ismail Haniyeh
Tindakan Iran bukan saja untuk pertahan kedaulatan dan keselamatan negara sendiri tetapi juga untuk kestabilan dan keselamatan seluruh rantau ini.
Israel 'bertanggungjawab sepenuhnya' pembunuhan Ismail Haniyeh - OIC
Pembunuhan "kejam" Ismail dan perang berterusan di Gaza juga boleh membawa kepada konflik serantau, tegas OIC.
Meta mohon maaf turunkan hantaran PM Anwar berhubung Ismail Haniyeh
Permohonan maaf Meta itu dibuat secara ringkas tanpa memperincikan sebab kandungan ucapan takziah Perdana Menteri diturunkan.
Iran ada hak hukum Israel atas pembunuhan Ismail Haniyeh - Nasser
Tiada siapa yang berhak meragui hak undang-undang Iran untuk menghukum rejim Zionis.
OIC adakan mesyuarat luar biasa bincang jenayah pendudukan Israel
OIC berkata mesyuarat itu juga akan membincangkan pembunuhan Pengerusi Biro Politik Hamas dan bekas Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh serta pencerobohan terhadap kedaulatan Iran.
DUN Negeri Sembilan lulus usul khas kecam pembunuhan Ismail Haniyeh
Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan hari ini sebulat suara meluluskan usul khas mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan kejam Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh pada 31 Julai lepas.
Tokoh pejuang gugur syahid di tangan Zionis
SEJAK Perang Gaza tercetus pada 7 Oktober lalu, sekurang-kurangnya sembilan pemimpin dan komander sayap ketenteraan gugur syahid dalam serangan dilancarkan rejim Zionis di tiga negara.
'Tiada negara seberani Malaysia sokong Palestin' - Mufti Perlis
Tiada negara lain yang seberani kerajaan Malaysia dalam menyatakan sokongan terhadap isu Palestin dan mengutuk kekejaman Israel yang menyebabkan kematian Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh.