awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN

Bernama
Bernama
15/12/2024
10:36 MYT
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM akan membantu kerajaan Melaka dalam melaksanakan penugasan pegawai dan anggota bagi kedua-dua sambutan berkenaan yang dijadual pada September depan. - Gambar fail/BERNAMA
ALOR GAJAH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya akan membantu kerajaan Melaka dalam melaksanakan penugasan pegawai dan anggota bagi kedua-dua sambutan berkenaan yang dijadual pada September depan.
“Dari segi keselamatan, kita akan membantu sepenuhnya dan sekiranya ada program-program yang perlu untuk pihak polis bersama-sama dengan kerajaan negeri, kita akan membantu sepenuhnya insya-Allah,” katanya.
Beliau berkata kepada pemberita pada Jamuan Rakyat sempena Program Kerajan Negeri Melaka bersama PDRM di Masjid Tanah hari ini.
Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Md Nazri Zawawi.
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sebelum ini memilih Melaka sebagai tuan rumah bagi acara berprestij WTD dan WTC.
Terdahulu, Razarudin dan Ab Rauf meluangkan masa lebih sejam untuk ziarah kasih dan menyampaikan sumbangan kepada tiga keluarga dan bekas anggota polis yang telah tamat perkhidmatan di sekitar Masjid Tanah.
Beliau turut menzahirkan terima kasih atas keprihatinan kerajaan negeri yang bekerjasama menyediakan ibu pejabat polis daerah yang baharu bagi kawasan Melaka Tengah.
Pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, katanya kini bekerja dalam suasana kondusif di Wisma Amanah di Batu Berendam selepas dipindah dari pejabat lama di Banda Hilir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM siap siaga
#World Tourism Day
#Razarudin Husain
#keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan