Skip to main content

Dunia

Burnham tolak pilihan raya mengejut, ketepi referendum Scotland

Newly elected Makerfield MP Andy Burnham of Britain's Labour Party speaks following his victory in the Makerfield by-election, triggered by the resignation of Labour MP John Simons, at the The Edge Wigan in Wigan, Britain, June 19, 2026. REUTERS/Temilade Adelaja
Burnham (foto) berkata penganjuran pilihan raya mengejut ketika ini hanya akan menjejaskan keutamaan pentadbiran kerajaan dalam usaha merealisasikan manifesto Parti Buruh serta memulihkan kestabilan ekonomi negara. -Gambar fail/Reuters
Advertisement

MANCHESTER: Perdana Menteri baharu United Kingdom (UK), Andy Burnham menolak cadangan penganjuran pilihan raya mengejut serta menegaskan referendum kemerdekaan Scotland kali kedua bukan keutamaan pentadbirannya.

Pendirian itu disuarakan ketika beliau merasmikan pangkalan baharu ibu pejabat kerajaan yang dikenali sebagai No 10 North di Manchester, pada Jumaat.

Burnham berkata penganjuran pilihan raya mengejut ketika ini hanya akan menjejaskan keutamaan pentadbiran kerajaan dalam usaha merealisasikan manifesto Parti Buruh serta memulihkan kestabilan ekonomi negara.

Mengulas isu autonomi wilayah, beliau berkata perkara itu turut dibincangkan dalam pertemuannya dengan Menteri Pertama Scotland, John Swinney di Glasgow.

Menurut Burnham, tuntutan referendum kemerdekaan baharu oleh kerajaan Scotland tidak akan diberi perhatian ketika ini kerana pentadbirannya mahu menumpukan usaha kepada pemulihan kos sara hidup rakyat serta pertumbuhan ekonomi.

Bagaimanapun, beliau berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk berbeza pandangan mengenai isu perlembagaan tersebut, namun kekal komited untuk bekerjasama melalui langkah praktikal bagi meningkatkan taraf hidup rakyat di seluruh UK.

Selain Scotland, Burnham turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertama Wales, Rhun ap Iorwerth, yang menggesa peluasan kuasa autonomi yang lebih adil bagi wilayah berkenaan.
 

Must Watch Video

Advertisement