awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekalan air di Melaka mencukupi untuk Aidilfitfi - Exco
Dentuman misteri kembali didengari, JMG Perak dan polis tidak terima aduan
Jualan sektor pembuatan naik 4.2 peratus kepada RM1.97 trilion pada 2025 - Perangkaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cacar monyet: Penularan tidak dapat dikesan untuk tempoh lama - WHO

Astro Awani
Astro Awani
29/05/2022
22:45 MYT
Cacar monyet: Penularan tidak dapat dikesan untuk tempoh lama - WHO
Cacar monyet ialah penyakit berjangkit yang biasanya ringan dan endemik di bahagian barat dan tengah Afrika. - Foto fail/REUTERS
GENEVA: Kemunculan serentak cacar monyet di beberapa negara yang sebelum ini tiada penyakit itu menunjukkan penularan tidak dapat dikesan untuk beberapa tempoh dan kes semakin bertambah.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sehingga 26 Mei, sebanyak 257 kes yang disahkan dan 120 kes yang disyaki telah dilaporkan di 23 negara anggota yang bukan endemik virus itu.
Dalam satu kenyataan pada Ahad, agensi kesihatan PBB itu menambah, pihaknya menjangkakan lebih banyak kes akan dilaporkan apabila pengawasan di negara endemik dan bukan endemik dipertingkatkan.
Cacar monyet ialah penyakit berjangkit yang biasanya ringan dan endemik di bahagian barat dan tengah Afrika.
Ia disebarkan melalui hubungan rapat, jadi ia boleh dikawal dengan mudah melalui langkah-langkah seperti kuarantin diri dan kebersihan.
Kebanyakan kes yang dilaporkan setakat ini telah dikesan di UK, Sepanyol dan Portugal.
Tambah WHO, sebahagian besar kes yang dilaporkan setakat ini tidak mempunyai hubungan perjalanan yang kukuh ke kawasan endemik dan telah melalui penjagaan primer atau perkhidmatan kesihatan seksual.
Topic Berkaitan
#cacar monyet
#WHO
#endemik
#pengawasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan