Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 14 Oktober 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 14 Oktober 2026.

Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 14 Oktober 2026.

  1. Malaysia negara pertama berjaya yakinkan Myanmar terima kembali rakyatnya - Fahmi

    Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang berjaya meyakinkan Myanmar untuk menerima kembali pelariannya sekali gus mencerminkan kejayaan diplomatik negara yang hebat.

  2. Lima rakyat Malaysia ditahan bawa 5 kg kokain didakwa ke Jepun untuk melancong

    Semakan mendapati kumpulan itu terdiri daripada enam individu berusia 19 hingga 26 tahun berlepas dari Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

  3. Hanya 12 peratus rakyat Malaysia tampil lapor kes penipuan dalam talian

    Stigma dan rasa malu kerana menjadi mangsa penipuan dalam talian antara faktor utama yang menyebabkan ramai memilih untuk tidak melaporkan kejadian berkenaan.

  4. Lelaki diculik, diseksa dan dibunuh akibat perselisihan faham

    Seorang lelaki dipercayai diculik, diseksa dan dibunuh akibat perselisihan faham dan masalah peribadi sebelum mayatnya ditanam di kawasan Semenyih.

  5. Najib sudah terima dokumen perintah tahanan rumah, mekanisme dirahsiakan - Peguam

    Anak guamnya itu telah melihat dokumen tersebut yang turut mengandungi lampiran mengenai terma dan syarat bagi mekanisme tahanan rumah.

  6. Inkues: Tiada bukti Zara Qairina ditolak atau dibunuh - Pegawai penyiasat

    Kesimpulan itu dibuat berdasarkan keseluruhan siasatan yang dijalankan terhadap kes yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

  7. Kalau mahu saya diam isu penyelewengan, cari Perdana Menteri lain – PM Anwar 

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak akan berkompromi terhadap penyelewengan dan penyalahgunaan dana negara meskipun berdepan kritikan serta kecaman.

  8. Jangan politikkan krisis takhta Negeri Sembilan - Raja-Raja Melayu 

    Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, Raja-Raja Melayu bertitah bahawa usaha penyelesaian hendaklah diserahkan kepada pihak berkepentingan dan berautoriti melalui saluran yang sah, tertib dan berwibawa.

  9. RIMAU gesa tindakan segera selamatkan harimau Malaya daripada pupus 

    Usaha melindungi harimau Malaya yang diancam kepupusan memerlukan tindakan segera dan bersepadu bagi membendung kemerosotan populasi seterusnya mengelakkan spesies itu daripada pupus.
  10. Jerebu: KPM selaras tatacara pengoperasian sekolah berdasarkan PTJK - Fadhlina 

    Kementerian Pendidikan (KPM) memulakan penyelarasan tatacara pengoperasian sekolah berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan (PTJK) bagi memastikan keputusan berkaitan penutupan sekolah dibuat secara lebih tersusun dengan mengambil kira bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) dan nasihat kesihatan.

Must Watch Video

Advertisement