PESAKIT cacar monyet di United Kingdom dikesan mempunyai gejala yang ketara berbeza daripada yang dilihat sebelum ini.
Menurut penyelidik di London, pesakit memaklumkan kurang mengalami demam dan keletihan tetapi lebih banyak luka kulit di kawasan alat sulit, berbanding kes biasa dilihat pada cacar monyet.
Dapatan itu berdasarkan kajian terhadap 54 pesakit di klinik-klinik kesihatan seksual di London pada Mei tahun ini.
Lebih 5,000 kes cacar monyet dikesan di negara bukan endemik, terutamanya Eropah, sejak awal Mei.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kes juga dilihat meningkat di negara ia kerap merebak.
Penyelidikan yang diterbitkan dalam Jurnal Penyakit Berjangkit Lancet mengikuti cadangan daripada badan kesihatan awam seperti Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat bahawa wabak itu merebak pantas dalam kalangan lelaki yang melakukan hubungan sejenis.
Pakar dari Chelsea dan Westminster Hospital berkata, definisi kes harus dikaji semula bagi mengelakkan kes terlepas pandang.
Ini kerana gejala cacar monyet boleh menyerupai jangkitan seksual seperti herpes dan sifilis.
Kajian itu juga mendapati satu per empat daripada pesakit cacar monyet positif HIV dan satu per empat lagi mempunyai penyakit seksual.
Cacar monyet merebak melalui kontak rapat dan penyelidik sedang berusaha untuk menentukan sama ada ia juga boleh disebarkan melalui air mani, definisi klasik penularan seksual.
Astro Awani
Sun Jul 03 2022
Lebih 5,000 kes cacar monyet dikesan di negara bukan endemik terutamanya Eropah sejak awal Mei. - Foto fail
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Jepun lapor kes kematian pertama mpox
Jepun pada Rabu mengesahkan kematian pertama akibat jangkitan mpox di negara itu.
Lima kes baharu positif cacar monyet dikesan
Kesemua kes baharu yang dilaporkan itu tiada hubung kait dengan kes-kes yang dilaporkan sebelum ini.
Sembilan kes jangkitan cacar monyet dilaporkan di Malaysia
Sembilan kes jangkitan cacar monyet (mpox) dilaporkan berlaku di dalam negara bagi tempoh Julai hingga November tahun ini melibatkan seorang warga asing dan lapan warga tempatan.
Vietnam rekod 56 kes cacar monyet
Vietnam melaporkan 56 kes cacar monyet di tujuh wilayah dan bandar, termasuk satu kematian sehingga 31 Oktober, menurut maklumat terkini Kementerian Kesihatan, lapor Xinhua.
Dua kes baharu positif cacar monyet dikesan - KKM
Kedua-dua kes menafikan mempunyai sejarah lawatan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala timbul.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Indonesia tingkatkan amaran terhadap ancaman penyakit cacar monyet
Indonesia meningkatkan amaran terhadap ancaman penyakit cacar monyet ekoran kes yang disahkan meningkat kepada 14 orang.
Vietnam lapor kes kematian pertama cacar monyet
Vietnam melaporkan kes kematian pertama cacar monyet membabitkan seorang lelaki dari wilayah Long An di selatan negara itu, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Vietnam pada Rabu.
Vietnam rekod 13 kes cacar monyet
Bandar Ho Chi Minh di selatan Vietnam melaporkan empat lagi kes cacar monyet, menjadikan jumlah jangkitan di bandar itu kepada 13 setakat Isnin, lapor media tempatan.
Laos lapor kes cacar monyet pertama
Kementerian Kesihatan Laos telah mengesahkan kes pertama cacar monyet di negara itu, dan menyeru pegawai kesihatan di seluruh negara untuk sentiasa berwaspada.