awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cahaya misteri muncul di langit Mexico susulan gempa bumi kuat

Astro Awani
Astro Awani
11/09/2021
23:38 MYT
Cahaya misteri muncul di langit Mexico susulan gempa bumi kuat
Ramai penduduk berasa takut dengan kemunculan cahaya misteri berkenaan sehingga ada yang menyangkakan hari kiamat sedang berlaku di bandar raya tersebut. - Foto Twitter/@elianhuesca
ACAPULCO: Beberapa hari selepas Taufan Ida membadai Amerika Syarikat yang menyebabkan keadaan puting beliung dan banjir buruk, gempa bumi kuat pula melanda Acapulco di Mexico.
Susulan gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter itu, penduduk menyaksikan cahaya misteri di langit pada Rabu.
Ramai penduduk berasa takut dengan kemunculan cahaya misteri berkenaan sehingga ada yang menyangkakan hari kiamat sedang berlaku di bandar raya tersebut.
Fenomena berkenaan turut tular di media sosial dengan tanda pagar Apocalipsis, menurut portal berita 2 Oceans Vibe News.
Ramai juga mengaitkan cahaya berkenaan kepada mahkluk asing.
This is how #earthquakes look in the sky from an 11th floor What you hear is the building crashing against the one next to it #earthquakeinthesky #Mexico #surreal pic.twitter.com/XNJESUdOew
— elian huesca (@elianhuesca) September 8, 2021
Namun para saintis menyangkal dakwaan tersebut dan berkata fenomena itu dikenali sebagai 'Earthquake Lights' atau EQL.
Walaupuan ia jarang berlaku, namun ia merupakan keadaan kilat yang muncul sebelum, semasa atau selepas gempa bumi kuat.
Menurut Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) keadaan berkenaan juga boleh disebabkan oleh litar pintas atau infrastruktur elektrik yang meletup di bandar berkenaan akibat gempa bumi dan cahaya di langit merupakan pantulan di awan.
Topic Berkaitan
#cahaya misteri
#gempa bumi
#mahkluk asing
#Earthquake Lights
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan