Skip to main content

Dunia

Caj AS ke atas kargo rentas Selat Hormuz boleh lonjak harga minyak AS$16

Vessels at the Strait of Hormuz, as seen from Musandam, Oman, July 12, 2026. REUTERS/Stringer
Caj yang dirancang di Selat Hormuz itu juga dijangka meningkatkan risiko gangguan bekalan. - Reuters
Advertisement

WASHINGTON: Rancangan Rumah Putih mengenakan caj 20 peratus ke atas kargo yang melalui Selat Hormuz boleh meningkatkan harga minyak kira-kira  AS$16 setong, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik laporan CNBC berdasarkan penilaian firma perunding Lipow Oil Associates.

Caj yang dirancang itu juga dijangka meningkatkan risiko gangguan bekalan, menurut laporan itu pada Isnin.

Pada Isnin, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata AS akan menjadi “pelindung” Selat Hormuz dan menerima bayaran balik bersamaan 20 peratus daripada nilai kargo yang melalui laluan perairan itu.

Beliau turut berkata AS akan mengenakan semula sekatan terhadap pelabuhan Iran.

Tehran dan Washington menandatangani memorandum pada malam 18 Jun yang memperuntukkan penamatan konflik yang bermula pada 28 Feb. 

Bagaimanapun, pada malam 8 Julai, AS menyambung semula serangan.

Menurut Trump, tindakan itu sebagai tindak balas terhadap tindakan Iran ke atas kapal komersial di Selat Hormuz. 

Beliau mengancam untuk meningkatkan intensiti serangan sekiranya kejadian seumpama itu berulang.

Sebagai tindak balas, Iran melancarkan serangan ke atas infrastruktur ketenteraan AS di Asia Barat.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Must Watch Video

Advertisement