awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

California umum rang undang-undang kawalan senjata api, cegah keganasan

Astro Awani
Astro Awani
23/07/2022
10:38 MYT
California umum rang undang-undang kawalan senjata api, cegah keganasan
Tegas Newsome, senjata api dan senapang haram atau dikenali sebagai 'senjata hantu' tidak boleh dijual, dikilang atau dipindahkan di California. - Gambar hiasan
GABENOR California, Gavin Newsom mengumumkan rang undang-undang kawalan senjata bagi mencegah kejadian tidak diingini berlaku, kesan keganasan senjata api.
Tegas Newsome, senjata api dan senapang haram atau dikenali sebagai 'senjata hantu' tidak boleh dijual, dikilang atau dipindahkan di California.
Rang undang-undang itu antara lain menguatkuasakan sistem pendakwaan dengan ganjaran sehingga AS$10,000 jika melaporkan dan mendakwa aktiviti senjata api haram.
Newsome juga berharap negeri-negeri lain akan mengikuti langkah California dalam usaha mencegah aktiviti berbahaya daripada senjata api.
Untuk rekod, negeri-negeri di Amerika Syarikat mempunyai kuasa untuk mengamalkan langkah kawalan senjata api mereka sendiri, dan California dianggap mempunyai undang-undang kawalan senjata api yang paling ketat di negara itu.
Bagaimanapun, usaha kawalan senjata dilakukan California itu sering digagalkan.
Pada 11 Mei, buat kesembilan kalinya, Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat memutuskan bahawa undang-undang kawalan senjata api California sebelum ini adalah tidak berperlembagaan.
Topic Berkaitan
#California
#Amerika Syarikat
#senjata
#keganasan
#senjata api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan