awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Capitol AS ditutup sementara susulan kebakaran di kawasan berdekatan

Astro Awani
Astro Awani
18/01/2021
20:59 MYT
Capitol AS ditutup sementara susulan kebakaran di kawasan berdekatan
Bangunan Capitol AS ditutup sementara pada Isnin sebagai langkah berhati-hati susulan kejadian kebakaran yang berlaku di kawasan berdekatan. - REUTERS
BANGUNAN Capitol Amerika Syarikat (AS) ditutup selama kira-kira satu jam pada Isnin sebagai langkah berjaga-jaga susulan satu kebakaran kecil yang berlaku di kawasan berdekatan.
Ia dibuka semula setelah kebakaran dipadamkan, dalam kejadian yang berlaku ketika persediaan dibuat termasuk raptai, menjelang majlis angkat sumpah Joe Biden sebagai Presiden AS yang baharu.
"Sebagai langkah berwaspada, penutupan sementara kompleks Capitol AS dibuat. Tiada ancaman keselamatan terhadap orang ramai," menurut Secret Service menerusi Twitter.
6 Jan lalu, terjadi rusuhan yang melibatkan lima kematian apabila penyokong Presiden Donald Trump menyerbu bangunan Capitol dalam usaha menghentikan proses pengesahan undi elektoral untuk Biden.
Polis memaklumkan, langkah berjaga-jaga dan arahan penutupan sementara bangunan Capitol itu dikeluarkan pemangku ketua polis.
"Pegawai di bangunan Capitol diarah berlindung sementara kerja siasatan dijalankan," kata polis dalam satu kenyataan.
Pihak bomba memaklumkan, tiada kecederaan dalam kebakaran berdekatan yang telah dipadamkan dan tiada kebakaran di dalam kompleks Capitol.
Menjelang angkat sumpah jawatan Biden, ancaman kumpulan ekstremis yang dijangka melakukan demontrasi di bangunan-bangunan pentadbiran mendorong beberapa gabenor mengerahkan kekuatan anggota keselamatan.
Di beberapa negeri, tunjuk perasaan dan demonstrasi meletus menjelang pelantikan Biden sebagai Presiden AS ke-46 pada Rabu (20 Jan).
BACA: Kawalan keselamatan diperhebat menjelang angkat sumpah Joe Biden Rabu ini
BACA: Cabaran getir Joe Biden baik pulih negara sedang berpecah-belah
Topic Berkaitan
#AS
#polis
#Amerika Syarikat
#kebakaran
#presiden
#siasatan
#keselamatan
#Joe Biden
#Capitol
#ancaman keselamatan
#Arahan penutupan
#tutup
#angkat sumpah
#demontrasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan