awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
25 mayat ditemukan dalam operasi SAR tanah runtuh di Bandung Barat
Polis terima lima laporan kanak-kanak dipukul di tadika, dua penjaga ditahan
Masters Indonesia: Tang Jie-Ee Wei curi tumpuan, martabat Bahasa Melayu dalam wawancara Bahasa Inggeris
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Catherine Connolly menang pilihan raya presiden Ireland

Bernama
Bernama
26/10/2025
03:10 MYT
Catherine Connolly menang pilihan raya presiden Ireland
Catherine Connolly memenangi pilihan raya presiden Ireland dengan 63.36 peratus undi pilihan pertama, menewaskan Heather Humphreys dari Fine Gael. -Gambar fail/Reuters
LONDON: Ahli politik bebas Catherine Connolly memenangi pilihan raya presiden Ireland dan akan berkhidmat sebagai presiden ke-10 negara itu selepas memperoleh 63.36 peratus undi pilihan pertama, menurut keputusan rasmi yang diumumkan pada petang Sabtu, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • Catherine Connolly memenangi pilihan raya presiden Ireland dengan 63.36 peratus undi pilihan pertama, menewaskan Heather Humphreys dari Fine Gael.
  • Connolly disokong parti berhaluan kiri termasuk Sinn Fein dan akan menggantikan Presiden Michael D. Higgins pada November.
  • Beliau merupakan ahli parlimen Galway West sejak 2016 dan wanita pertama dilantik sebagai timbalan speaker dewan rendah pada 2020.

Calon berusia 68 tahun itu, yang disokong beberapa parti berhaluan kiri termasuk Sinn Fein, bersaing dengan Heather Humphreys daripada parti Fine Gael, bekas menteri kerajaan, dalam pilihan raya yang diadakan pada Jumaat.
Keputusan menunjukkan kemenangan besar kepada Connolly seperti yang diramalkan tinjauan pendapat, dengan memperoleh 914,143 undi pilihan pertama.
Humphreys, yang meraih 29.46 peratus undi pilihan pertama, mengucapkan tahniah kepada Connolly pada Sabtu petang kerana menjadi "presiden untuk kita semua" sebelum keputusan penuh diumumkan.
Calon ketiga dalam senarai undian, Jim Gavin yang disokong parti Fianna Fail, menarik diri daripada pertandingan awal Oktober berikutan kontroversi mengenai pertikaian sewaan.
Connolly telah berkhidmat sebagai ahli parlimen bagi kawasan Galway West sejak 2016 dan sebelum itu bekerja sebagai ahli psikologi serta peguam bela.
Beliau dilantik sebagai timbalan speaker dewan rendah parlimen pada 2020, menjadikannya wanita pertama memegang jawatan tersebut.
Connolly akan mengangkat sumpah bagi menggantikan Presiden Michael D. Higgins yang akan menamatkan penggal kedua dan terakhirnya pada November.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Catherine Connolly
#pilihan raya presiden Ireland
#Michael D Higgins
#Fine Gael
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami