DUNIA kita – secara rasminya – sudah tunggang terbalik.
Kita berhadapan dengan seorang “pemerintah kuku besi berciri ketimuran” di Washington DC: seorang yang panas baran, kurang ajar dan pendendam. Warga Asia Tenggara cukup kenal dengan pemimpin seperti Donald Trump. Kita telah diperintah oleh pemimpin seperti beliau buat berdekad lamanya, kalau bukan berabad. Tentunya, ia telah menjadi sebahagian daripada DNA politik kita: untuk mengharungi kezaliman seorang pemimpin yang tidak menentu. Tetapi ini tidak bermaksud bahawa kita di Asia Tenggara suka terhadap pemimpin yang zalim – sebaliknya, kita hanya sekadar memahami gaya kepimpinan mereka.
Bagi kita, apa yang lebih penting ialah kelangsungan atau "survival", dan lagipun, permainan “politik istana” boleh menjadi cukup kejam.
Kita boleh mengenali pemerintah serupa Trump dengan melihat balik kepada pemerintahan kejam dahulukala seperti Raja Narathu di Burma (yang dikatakan telah membunuh ayah, abang dan permaisurinya), atau Amangkurat I di Mataram (seorang yang mempunyai tabiat yang cukup kejam - membunuh sesiapa yang mengkritiknya).
Di era yang lebih moden pula, kita telah menyaksikan pemerintahan serupa kanak-kanak oleh Norodom Sihanouk, pemerintahan tamak haloba Presiden Ferdinand Marcos dan pemerintahan rakus dan tidak bermoral Ne Win. Malangnya, gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang sedemikian sudah menjadi kebiasaan di rantau kita.
Sememangnya, golongan ahli perniagaan mempunyai lebih banyak peluang dan faedah dan diterima dalam “istana” Donald Trump. Golongan ini pasti akan sentiasa mendampingi "pasangan muda" yang tinggi lampai dan berpakaian elegan, yang sentiasa menemani bekas bintang realiti-TV ini ke mana jua dia berada. Semua pemerintah tirani mempunyai jaringan terdekat yang disusun mengikut hirarki pengaruh, dan sudah tentunya dalam pemerintahan Trump, menantunya Jared Kushner dan isterinya Ivanka (anak perempuan kesayangan Trump) akan berada di puncak hirarki pengaruh ini.
Sungguh ironis sekali kerana, jauh di negara Tembok Besar, pemegang takhta di Zhongnanhai cukup berbeza daripada Trump. Perlu ditegaskan bahawa Beijing, dan sudah semestinya Kota Larangan, mempunyai sejarah yang cukup kaya dalam memupuk ramai golongan pemimpin paranoid dan tidak stabil, dari Maharaja Yang dari Dinasti Sui kepada Maharani Dowager Cixi dari Dinasti Qing serta Mao Zedong sendiri.
Sebaliknya, Xi Jinping merupakan seorang teknokrat yang berdisiplin. Tambahan pula, beliau merupakan seorang yang rasional, teliti dan rajin. Pemimpin “teras” Beijing ini merupakan seorang lelaki yang setiap langkahnya telah difikir, dirancang dan dilaksanakan dengan cukup teliti. Bagi Presiden China itu, beliau tidak akan bergantung kepada nasib semata-mata.
Tweet angkuh dan maki hamun pada jam 2 pagi daripada beliau? Mustahil.
Perbezaan ini mengingatkan kita bagaimana tahun 2016 telah membawa kejutan drastik kepada tatacara geopolitik dunia, dan sekarang, China telah muncul sebagai pemain yang lebih matang dan stabil di pentas kuasa global kini – lihat sahaja kepada persembahan berwibawa Xi Jinping di Davos.
Yang lebih merumitkan keadaan adalah, isu keserasian antara dua pemimpin ini.
Bagaimanakah kedua pemimpin ini akan mengendalikan hubungan ini? Mampukah sesiapa membayangkan Trump dengan perangai yang tidak menentu dan panas baran ini membina hubungan yang bermakna dengan Xi yang serius dan cekal?
Tentunya, hubungan yang "mudah meletus" akan memberi implikasi yang cukup buruk terhadap keamanan dan kesejahteraan global.
Tentunya, kemunculan ‘persaudaraan’ Trump dengan Putin hanyalah sekadar satu taktik yang dipetik daripada strategi permainan Nixon pada era 70-an apabila Henry Kissinger dan Zhou Enlai telah bersepakat untuk memulaukan Kesatuan Soviet.
Namun, kebarangkalian Rusia pimpinan Putin yang lemah dari segi ekonomi dan demografik untuk memainkan peranan yang sedemikian dalam menentang China adalah sangat tipis.
Dasar Amerika Syarikat di Asia dahulunya merupakan sesuatu yang mudah dibaca: initipatinya adalah untuk membendung pengaruh China – menggunakan tindakan kuasa yang pelbagai – melalui pembentukan pakatan strategik dan berkepentingan.
Sekiranya Trump tetap menggunakan kaedahnya (lihat sahaja kepada perbualan telefon bersejarah beliau dengan Presiden Taiwan Tsai Ing-wen), segala usaha Amerika Syarikat sebelum ini hanya akan menjadi sia-sia sahaja.
Golongan penjawat awam kanan di China pastinya akan berasa bingung terhadap sikap Trump yang dahagakan publisiti, dan sangat sukar untuk menjangka tindakan yang akan diambil oleh China sebagai reaksi.
Trump berjaya sampai ke tampuk pemerintahan melalui sokongan rakyat beliau yang terasa tertinggal oleh arus peredaran zaman. Oleh itu, kini, beliau tidak boleh membiarkan China untuk terus bangkit tanpa memberi sebarang cabaran kepada "Kerajaan Tengah" (Middle Kingdom) ini. Tentunya, ego dan ketaksuban beliau pada konsep “Memprioritikan Amerika” dalam setiap perkara akan memastikan Amerika mampu bangkit memberi cabaran.
Hal ini akan merumitkan lagi cabaran yang sudah cukup getir di Asia Tenggara, lebih-lebih lagi dengan pertikaian Laut China Selatan. Penyelesaian kepada isu ini hanya boleh dicapai jika semua pihak bertindak dengan rasa hormat dan hemat. Dan tentunya, penyelesaian yang adil tidak semestinya perlu menghasilkan pihak menang dan kalah yang jelas.
Namun, ketaksuban Trump dengan “kemenangan” dan China dengan “menjaga air muka” (kedua-dua sebenarnya mempunyai maksud yang sama) bermakna negara di rantau Asia Tenggara tidak mungkin boleh bergantung kepada tindakan diplomatik yang terdahulu.
Dulu, negara seperti Vietnam mungkin berupaya untuk terus berkembang dengan mengimbangi hubungan mereka dengan kedua-dua kuasa ini. Namun, pilihan ini mungkin akan hilang (sepertimana Singapura telah mula sedar melalui persengketaan mereka dengan Hong Kong), disebabkan oleh retorika Trump. Tentunya, tiada sesiapa di rantau Asia Tenggara yang ingin terpaksa memilih mana-mana pihak.
Tetapi memandangkan cabaran-cabaran getir ke hadapan, mengapa golongan elit di rantau ini berkelakuan seolah-olah tidak peduli?
Mungkin, ini adalah kerana kita sudah terbiasa dengan gaya “kepimpinan” yang akan dibawa Trump di Amerika Syarikat.
Kita cukup sedar dan tahu dengan sejarah pemimpin yang gemar bercakap besar, terutamanya pada detik Asia Tenggara dijajah buat pertama kalinya oleh kuasa-kuasa Eropah.
Mengetahui bahawa mereka tidak mempunyai senjata yang mampu bersaing dengan musuh, pemimpin kita yang terdahulu hanya mampu bercakap besar ala Trump sebelum dipaksa mengaku kalah pada saat akhir - lantas membiarkan kita untuk menjalani hidup seperti biasa, seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Ternyata di Asia, individu yang sebenarnya berkuasa menentukan soal isu hidup dan mati, merupakan seorang yang sentiasa menjaga pertuturannya. Menyedari pengaruhnya mempunyai impak yang cukup besar, Xi tidak perlu bergantung kepada kata-kata sindiran. Ini mungkin akan menjadi pengajaran pertama yang perlu dipelajari Trump. Bak kata pepatah Melayu, diam-diam ubi berisi dan jangan sekadar menjadi tin kosong.
Karim Raslan
Fri Jan 20 2017
Donald Trump akan memulakan tugas sebagai Presiden Amerika Syarikat pada 20 Januari, 2017. Foto Getty Images
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Malaysia catat prestasi terbaik pasaran ekuiti Asia Tenggara 2024 - Deloitte
Malaysia mencatat prestasi terbaik dalam pasaran ekuiti Asia Tenggara, berbanding rakan serantau bagi tempoh 10 bulan setengah tahun ini, menurut firma perkhidmatan profesional global, Deloitte.
ASEAN: Malaysia harap Amerika tingkat penglibatan di Asia Tenggara - Zambry
Sebagai pengerusi ASEAN tahun depan, Malaysia berharap Amerika Syarikat (AS) dapat meningkatkan lagi penglibatannya di Asia Tenggara.
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Malaysia antara negara teratas dalam keselamatan siber di Asia Tenggara - Kaspersky
Malaysia muncul sebagai antara negara peneraju dalam rangka kerja pengawalseliaan keselamatan siber di Asia Tenggara.
Hampir 6 juta kanak-kanak terjejas akibat Taufan Yagi di Asia Tenggara - UNICEF
Taufan Yagi menjejaskan hampir enam juta kanak-kanak dan memutuskan akses kepada sumber penting seperti air bersih, pendidikan, penjagaan kesihatan, makanan, dan tempat perlindungan.
Syarikat China lancar janaan dalam bahasa Melayu perkukuh AI di Asia Tenggara
Alto AI melancarkan LLM yang pertama dalam Bahasa Melayu bagi memperkukuh janaan AI di Asia Tenggara meliputi pelbagai bidang.
Asia Tenggara berdepan kekurangan guru yang ketara - SEAMEO
Rantau Asia Tenggara kini berdepan dengan kekurangan guru yang ketara dan boleh menghalang pembangunan generasi celik digital.
Laporan Tesla batal pengeluaran di Asia Tenggara mungkin keputusan komersial - MITI
Laporan mengenai hasrat Tesla membatalkan rancangan pengeluarannya di Asia Tenggara mungkin satu keputusan komersial operasinya.
PM Singapura mulakan lawatan pengenalan ke Brunei dan Malaysia
Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, akan memulakan siri lawatan pengenalannya ke ibu kota Asia Tenggara, bermula dengan Brunei dan Malaysia, dari 11 hingga 12 Jun ini.
Pelbagai sektor sumbang pertumbuhan ekonomi Kuala Lumpur muncul bandar raya terhebat
Bidang penting lain antaranya pembuatan, teknologi dan perkhidmatan turut berperanan sebagai penyumbang pertumbuhan ekonomi di Kuala Lumpur.