FERNANDO Pantow – penganut agama Kristian beretnik Minahasan – hanya berusia empat belas tahun ketika beliau mula bekerja sebagai seorang pelombong emas tanpa izin.
Malah, hari ini – lapan tahun kemudian – Fernando masih ingat kepada saat dimana dia telah berdoa untuk keselamatannya ketika menuruni sebuah cerun dengan selembar tali dalam pekerjaan pertamanya.
“Persekitaran pada saat itu gelap dan lembap. Setelah menuruni cerun sejauh dua belas meter, akhirnya, saya berjaya menjejakkan kaki saya di atas tanah. Sejurus kemudian, saya telah berjalan sejauh lima belas meter sebelum tiba di cerun yang kedua.
"Saya terpaksa mengulangi proses yang sama sebanyak dua kali sebelum tiba di permukaan batu – hampir 100 meter dibawah tanah – dimana pada ketika itu, saya berpeluh-peluh dan tercungap-cungap untuk menghirup nafas melalui hos yang telah disambungkan kepada sebuah tangki oksigen.
Tercicir sekolah akibat serangan demam kepialu, Fernando telah ditakdirkan untuk bekerja selama enam tahun di lombong-lombong emas haram yang cukup banyak jumlahnya, yang terletak di daerah asalnya, Sulawesi Utara serta daerah bersebelahannya, Gorontalo.
Malah, sementara menunggu pekerjaan untuk membawanya keluar dari kampungnya iaitu Kanonang, beliau sentiasa membantu ibubapanya – peladang tanpa tanah - untuk mencari mata pencarian di persekitaran kawasan bukit yang dibasahi hujan yang terletak sejauh dua jam ke arah barat daya ibu negeri daerah yang maju, Manado – yang kini digelar sebagai Bali yang kedua.
Sememangnya, persekitarannya, yang dipenuhi dengan buluh, sawah padi serta dusun buah, tampak indah dan hijau.
Namun yang demikian, realiti yang dihadapinya lebih rumit dan proses mencari pekerjaan yang mampu memberi pendapatan yang mencukupi adalah sesuatu yang sangat sukar, lebih-lebih lagi bagi golongan peladang yang tidak memiliki tanah.
Fernando menjelaskan: “Kalau seseorang ingin menanam seekar kacang tanah, dia perlu untuk menyewa tanah itu terlebih dahulu sebelum membuat pelaburan peribadi untuk benih, tenaga buruh serta baja.
Bayangkan, untuk menanam seekar tomato itu memerlukan modal lebih daripada IDR40 juta (lebih kurang MYR13,000). Kalau harga tanaman ini jatuh merundum sebelum musim menuai, memang rugi!”
“Sebab itulah ramai orang sanggup menyertai perlombongan haram. Sememangnya kami boleh mendapat pendapatan, meskipun sudah banyak kali nyaris mati. Pada saat itu, saya akan berdoa dan pasrah, bahawa takdir nyawa saya terletak di tangan Tuhan.”
Beliau menceritakan bagaimana pada mulanya, beliau memandang ringan terhadap pekerjaan ini: “Saya baru sahaja sembuh dari demam kepialu apabila salah seorang daripada bapa saudara saya telah bertanya sama ada saya mahu turut serta bersama dia untuk bekerja di lombong emas.
"Saya menjawab ya dan menyertai beliau. Meskipun, kami telah ditipu oleh majikan dalam pekerjaan pertama kami, selepas itu, saya telah mula menerima pendapatan yang cukup lumayan - sekurang-kurangnya IDR1.5 juta (sekitar RM500) setiap bulan.
“Kami bekerja sebagai satu pasukan. Kesetiaan kami kepada rakan sekerja, dan bukannya terhadap majikan. Kami saling jaga menjaga antara satu sama lain kerana takdir nyawa kami saling bergantung: ‘Torang Samua Ba’sudara’ (“Kita semua bersaudara”)
“Kami tidak hanya menggali mencari emas. Kami juga bertanggungjawab untuk menghancurkan dan memproseskan bijih-bijihnya. Kemudian kami mencampurkanya dengan air dan merkuri. Kalau terdapat emas, ia akan timbul dalam bentuk pepejal dan kami akan terus mengasingkan merkuri itu dengan menggunakan kain kasa.”
Apabila saya bertanya kepada Fernando bukankah perkara itu cuku membahayakan, dia menjelaskan bahawa dia sekadar menyentuhnya: “Saya tidak pernah minum merkuri!”
Walaupun kerjanya sangat melelahkan dan kadang-kala berbahaya, ia ternyata berbaloi: “Saya telah membeli motosikal saya yang pertama dengan membayar IDR16 juta (sekitar MYR5,300) tunai sekaligus,” dia berkata dengan penuh bangga.
Namun, perlombongan ini bukanlah kerja yang senang. Kecederaan sering berlaku dan pada tahun 2015 di Gorontalo, "krew" nya telah diserang oleh sekumpulan penyamun.
“Ketika itu saya sudah mula serik. Ketika itu jugalah saya mengambil keputusan untuk tinggal di kampung saya dan bekerja sebagai pemandu pelancong sambil membantu ibu bapa saya. Sekurang-kurangnya, ibu saya kini memiliki rumahnya yang sendiri dan kami turut menternak khinzir. Apabila mereka besar nanti, seekor khinzir boleh dijual pada harga IDR7 – 8 juta (MYR2,300 – 2,600).
Bagi Fernando, keadaan peribadinya kini turut bertambah baik.
Pelaburan membangunkan infrastruktur telah membuka peluang untuk menerokai kawasan Timur Indonesia, pada saat dimana tren gaya hidup yang berpaksikan kepada aspek “pengembaraan” pelancongan telah menangkap imaginasi popular warga Indonesia.
Malah, warga Jakarta yang dikatakan cerewet, turut telah bermula untuk mengembara di luar destinasi seperti Singapura dan Bali – kini mereka sedang mengunjungi Kepulauan Sumba, Wakatobi dan Seram dalam jumlah yang kian membesar.
Sememangnya, jumlah pelancong asing di Manado sedang meningkat dengan Sulawesi Utara menerima 40,624 orang pelancong asing pada tahun 2016 berbanding dengan 19,465 orang dan 17,279 orang pada tahun 2015 dan 2014.
Pada tahun 2016, sekitar 30,000 pelancong dari China telah mengunjungi Manado dan jumlah ini dijangkakan akan meningkat ke 150,000 pada tahun 2017, dibantu oleh peningkatan kekerapan penerbangan dari tanah besar China.
Kini berumahtangga dan mempunyai kerja sambilan sebagai pemandu pelancong di sebuah kawasan tarikan pelancongan bernama Bukit Kasih, Fernando sedar akan cabaran yang dihadapinya hasil peralihan tren:
“Tidak ada banyak peluang pekerjaan di kawasan bukit ini. Malah kamu perlu berkelulusan sekolah menengah untuk mendapatkan perkerjaan yang baik, oleh itu, saya berharap agar kerajaan akan melancarkan semula “Program C” (inisiatif pulang-ke-sekolah yang membantu golongan yang tercicir dari sekolah).
"Saya yakin bahawa sektor pelancongan ini mampu menawarkan masa hadapan yang lebih cerah. Lihat sahaja bagaimana sektor ini telah mencetus transformasi di Bali.”
Walaubagaimanapun, cita-cita Fernando tidak terhad kepada pulau ini sahaja, malah, seiring dengan tradisi Minahasan untuk ‘merantau’: “Keramaian mereka yang berketurunan Minahasan akan merantau keseluruh negara ini untuk mencari peluang pekerjaan.
"Ramai di antara kami boleh ditemui di Papua, terutamanya di lombong Freeport serta di Sorong. Saya ingin ke Raja Ampat untuk belajar cara menjadi pemandu pelancong bagi kawasan tarikan pelancong air dan pantai”.
Namun, pembangunan infrastruktur dan pelancong membawa cabarannya yang tersendiri.
Saban hari, keunikan dilihat sebagai sesuatu yang penting dalam pelancongan.
Bergerak ke hadapan, anak muda beretnik Minahasan seperti Fernando perlu mengekalkan keunikan budaya mereka sekiranya Manado ingin kekal sebagai destinasi pelancongan yang mampan dan meriah.
Karim Raslan
Thu Mar 02 2017
Tercicir sekolah akibat serangan demam kepialu, Fernando telah ditakdirkan untuk bekerja selama enam tahun di lombong-lombong emas haram yang cukup banyak jumlahnya, yang terletak di daerah asalnya, Sulawesi Utara di Gorontalo. - Foto Karim Raslan
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Ceritalah ASEAN: Pemburu Emas Manado mengimpikan masa depan lebih cerah
Fernando Pantow penganut agama Kristian beretnik Minahasan hanya berusia empat belas tahun ketika beliau mula bekerja sebagai seorang pelombong emas tanpa izin.