awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
RM497.54 juta untuk pembangunan modal insan Sabah - Hajiji
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
DUNIA
Iran nafi sasar Hospital Soroka di selatan Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Turki tingkat kesiapsiagaan ketenteraan, perketat sempadan dengan Iran

Astro Awani
Astro Awani
19/06/2025
11:22 MYT
Turki tingkat kesiapsiagaan ketenteraan, perketat sempadan dengan Iran
Recep Tayyip Erdogan menegaskan kesediaan Turki menghadapi sebarang senario terburuk dan menyeru semua pihak kembali ke meja rundingan bagi mengelakkan konflik serantau yang lebih besar. -Gambar fail/Reuters
ANKARA: Turki meningkatkan kawalan keselamatan di sempadannya dengan Iran dan bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan konflik rentas sempadan susulan ketegangan yang semakin memuncak di antara Israel dan Iran.

Ringkasan AI
  • Turki meningkatkan kawalan keselamatan di sempadan Iran dengan mengaktifkan sistem pertahanan udara dan rondaan pesawat QRA susulan ketegangan antara Israel dan Iran.
  • Walaupun tiada aliran migrasi luar biasa dikesan, Turki mengambil langkah berjaga-jaga termasuk penggunaan radar dan senjata buatan tempatan untuk kesiapsiagaan tempur.
  • Presiden Recep Tayyip Erdogan menegaskan kesediaan Turki menghadapi sebarang senario terburuk dan menyeru semua pihak kembali ke meja rundingan bagi mengelakkan konflik serantau yang lebih besar.

Menurut sumber Kementerian Pertahanan Turkiye yang dipetik agensi berita Reuters, tiada aliran migrasi luar biasa dikesan dari Iran setakat ini.
Namun, katanya, langkah berjaga-jaga telah diambil termasuk pembangunan sistem pertahanan udara dan peluru berpandu bersepadu menggunakan radar dan senjata buatan tempatan.
“Matlamat utama adalah untuk memastikan tahap kesiapsiagaan tempur berada pada tahap tertinggi,” katanya lagi.
Turki juga dilaporkan telah mengaktifkan pesawat Quick Reaction Alert (QRA) yang kini melakukan rondaan udara di sepanjang sempadan timur negara itu, susulan serangan udara Israel ke atas Iran.
Langkah itu diambil bagi mengesan sebarang kemungkinan pelanggaran ruang udara oleh pesawat asing.
Sementara itu, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, dalam ucapan di Parlimen semalam, menegaskan bahawa negaranya bersedia menghadapi sebarang senario terburuk dan menyeru semua pihak kembali ke meja rundingan bagi mengelakkan konflik serantau yang lebih besar.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Konflik Iran-Israel
#Turki
#Recep Tayyip Erdogan
#rondaan pesawat QRA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami