awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
AADK perlu pendekatan bersepadu tangani ancaman dadah baharu
MALAYSIA
Kes SRC International: Najib lepas tanpa bebas
BISNES
Kerajaan tidak akan kembalikan GST buat masa ini - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Rusia, China kecam tindakan Israel langgar piagam PBB - Pembantu Kremlin

Bernama
Bernama
19/06/2025
11:53 MYT
Rusia, China kecam tindakan Israel langgar piagam PBB - Pembantu Kremlin
USHAKOV: Kedua-dua pihak berpegang kepada pendekatan yang serupa dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel yang melanggar Piagam PBB serta norma undang-undang negara yang lain. -Gambar fail/Reuters
MOSCOW: Rusia dan China berpegang kepada pendekatan yang sama dengan kedua-duanya mengecam tindakan Israel yang melanggar Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lapor Sputnik/RIA Novosti memetik pembantu Kremlin, Yuri Ushakov pada Khamis.

Ringkasan AI
  • Rusia dan China mengecam tindakan Israel yang didakwa melanggar Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa, menurut kenyataan pembantu Kremlin, Yuri Ushakov.
  • Presiden Xi Jinping menyatakan sokongan terhadap usaha pengantaraan Rusia dalam konflik Iran-Israel, dengan harapan ia dapat meredakan ketegangan serantau.
  • Kedua-dua negara menegaskan bahawa tiada penyelesaian ketenteraan terhadap konflik di Timur Tengah dan isu program nuklear Iran, menyeru pendekatan diplomatik.

"Kedua-dua pihak berpegang kepada pendekatan yang serupa dan mengecam sekeras-kerasnya tindakan Israel yang melanggar Piagam PBB serta norma undang-undang negara yang lain," kata Ushakov kepada pemberita selepas perbualan telefon antara Presiden Rusia Vladimir Putin dan pemimpin China Xi Jinping yang berlangsung awal hari ini.
Xi memberitahu Putin bahawa beliau percaya usaha pengantaraan Rusia dalam konflik antara Iran dan Israel akan menyumbang kepada pengurangan ketegangan "dalam situasi yang amat penting ketika ini," tambah Ushakov.
"Perbualan itu sebahagian besarnya tertumpu kepada situasi yang semakin meruncing di Timur Tengah ... Moscow dan Beijing secara asasnya percaya bahawa tiada penyelesaian ketenteraan terhadap situasi semasa serta isu berkaitan program nuklear Iran," katanya lagi.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Yuri Ushakov
#Konflik Iran-Israel
#Rusia dan China
#kecam tindakan Israel
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami