ADA empat juta warga Filipino Amerika. Tetapi biarpun mereka merupakan kelompok Asia Amerika yang kedua terbesar, pegawai dasar awam, Angelica Cortez, 28 tahun, merasakan mereka selama ini diabaikan oleh arus perdana.
“Kenapa tidak ada lebih banyak sekolah atau jalan raya yang dinamakan sempena kami? Yang paling tidak adil ialah dianggarkan 250,000 warga Filipino yang berjuang bersama-sama tentera Amerika dalam Perang Dunia Kedua dengan sengaja dinafikan hak kemudahan veteran perang dan kerakyatan.
“Hanya pada 2009 — iaitu 64 tahun kemudian — di bawah Presiden Barack Obama barulah ada sedikit keadilan. Pampasan dibayar sekali gus kepada veteran yang masih hidup dan waris mereka.”
Angelica baru-baru ini mendirikan sebuah NGO yang diberi nama LEAD Filipino, sebuah pertubuhan yang memberi fokus kepada usaha membangunkan daya kepimpinan anak-anak muda Pinoy dalam perkhidmatan awam dan kemasyarakatan.
Dengan personaliti dan kepintarannya yang memukau, ia satu usaha yang sangat sesuai dengan dirinya biarpun dia sendiri menolak sebarang kemungkinan untuk masuk politik. “Saya tidak mahu hidup saya jadi perhatian. Saya lebih memilih soal polisi berbanding politik dan saya tidak gemar berkejar-kejar dari satu temu janji ke satu temu janji, sepanjang masa bermains muka dan mengumpulkan dana.”
Namun, membesar dengan sokongan keluarga besar Filipino ayah tirinya (ayah kandungnya juga seorang Filipino), Angelica kuat mempertahankan warisan keluarga biarpun keluarga ibunya berdarah Guam dan Jepun.
Tentang nenek tirinya, dia berkata: “Kalau ada sesuatu yang hilang, saya jamin ia sudah masuk ke dalam kotak “balikbayan” (kotak untuk Filipino di luar negara)!”
Angelica kini bekerja dengan sebuah kumpulan lobi untuk sebuah syarikat teknologi di Lembah Silikon. Ia berurusan dengan kerajaan tempatan, pertubuhan pekerja dan NGO-NGO lain.
Oleh sebab San Jose ialah ibu kota Santa Clara County — salah satu wilayah paling makmur dan kaya di Amerika — tekanan untuk mendapatkan sumber sangat hebat.
Pengalaman itu memberikan panduan berguna kepadanya tentang bagaimana politik berjalan pada peringkat akar umbi.
“Dalam sistem kerajaan persekutuan, ada banyak yang boleh kita lakukan pada peringkat daerah. Misalnya, ada inisiatif untuk menaikkan cukai jualan di seluruh Santa Clara County. Ini dijangka akan menjana lebih AS$6 bilion untuk membaik pulih jalan raya dan pengangkutan. Untuk langkah ini berjaya, kita memerlukan dua pertiga undi. Ia memerlukan kerja keras.”
Ketika perbualan kami masuk ke topik Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, nada suaranya berubah sedikit. “Kebanyakan OFW (pekerja asing Filipina di seberang laut) suka dengan pendekatan dasarnya yang jelas dan langsung. Mereka mahukan struktur, undang-undang dan peraturan dan mahu kerajaan yang besar dikecilkan.”
Apabila ditanya tentang “pemisahan” daripada AS, dia bersiplomasi tetapi tegas. “Saya tidak fikir kita menjangkakannya. Orang yang dulu menyokongnya mungkin sudah berubah hati. Banyak orang bukan Filipino merasakan beliau gila.”
Orang Filipino Amerika seperti Angelica sedang melakukan perubahan dalam kelompok mereka. Terdapat 60,000 orang Filipino Amerika di Santa Clara saja dan ini mungkin boleh jadi pusat kuasa politik pada masa akan datang.
Biarpun keputusan Duterte mahu berbaik dengan China untuk pelaburan dan perdagangan itu tepat dari segi ekonomi, retorik anti Baratnya mungkin tidak menguntungkan rakyatnya baik di dalam negara mahupun di luar negara.
Ini kerana misalnya, pada 2015 Filipina menerima AS$9.7 bilion kiriman wang dari AS.
Walaupun kerajaan-kerajaan selepas itu cuba mengurangkan kebergantungan negara kepada kiriman wang itu, dana tersebut kekal jadi bahagian penting ekonomi.
Selain itu, industri Proses Bisnes Alih Daya Filipina (BPO) perlu juga diambil kira. Pada 2015, subsektot IT saja menjana 1.2 juta pekerjaan langsung dan AS$22 bilion pendapatan, atau sumber pendapatan dollar yang kedua terbesar bagi Filipina.
Selebihnya, dianggarkan Amerika masih lagi klien BPO Filipina yang terbesar yang merangkumi 65 peratus daripada pasaran domestik.
Oleh itu, bukanlah satu kebetulan apabila Persatuan Teknologi Maklumat dan Proses Bisnes Filipina (IBPAP) memohon satu pertemuan dengan Duterte tidak lama selepas beliau membuat kenyataan tentang “pemisahan” itu.
Apakah yang akan terjadi kepada elemen penting ekonomi Filipina ini sekiranya Duterte mengambil jalan putus terus daripada Amerika dan Barat?
Apa akan jadi kepada banyak orang Filipino yang telah menjadikan Amerika sebagai tanah air mereka, atau mereka yang di tanah air yang bergantung harap untuk hidup? Masihkah Filipina boleh mendapat manfaat daripada kebolehan dan kerja keras mereka?
Inilah soalan-soalan yang tidak boleh diketepikan dan lambat laun perlu dijawab oleh kepimpinan Filipina.
Karim Raslan
Fri Nov 04 2016
Angelica Cortez merasakan mereka selama ini diabaikan oleh arus perdana Amerika Syarikat. - Foto Astro AWANI / Karim Raslan
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Ceritalah USA: Filipino Amerika sebagai kuasa baru
Meskipun masyarakat Filipino Amerika adalah kelompok Asia Amerika yang kedua terbesar di negara itu, mereka merasakan mereka selama ini diabaikan oleh arus perdana.
Ceritalah USA
Mendarat di London pada pagi 23 Jun 2016, saya adalah antara jutaan orang yang tergamam dengan tindak balas pengundi terhadap sempadan terbuka, perdagangan bebas serta elit liberal dan kosmopolitan.