Skip to main content

Bisnes

Petronas nafi terlibat dalam laporan penghantaran diesel ke Filipina

81735550314_Petronas.jpg
Keutamaan utama Petronas kekal memastikan bekalan bahan api yang stabil dan berterusan untuk Malaysia, melalui penyelarasan rapat dengan kerajaan serta pihak berkepentingan berkaitan. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Petronas menafikan penglibatan syarikat itu dalam laporan penghantaran kira-kira 329,000 tong atau 52.311 juta liter diesel dari Malaysia ke Filipina seperti yang dilaporkan oleh media asing baru-baru ini.

Petronas menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah memeterai sebarang perjanjian dengan mana-mana pihak di Filipina berkaitan pembekalan diesel.

Advertisement

“Keutamaan utama Petronas kekal memastikan bekalan bahan api yang stabil dan berterusan untuk Malaysia, melalui penyelarasan rapat dengan kerajaan serta pihak berkepentingan berkaitan,” kata syarikat minyak nasional itu dalam satu kenyataan semalam.

Penjelasan itu dibuat susulan laporan Agensi Berita Filipina (PNA) yang menyatakan penghantaran diesel berkenaan bertujuan menambah bekalan bahan api Filipina ketika pasaran minyak global berdepan ketidaktentuan susulan krisis di Asia Barat.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video