awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
Balu Tun Daim fail larangan bersuara terhadap Anwar Ibrahim
Hakim AS sekat usaha pentadbiran Trump tamatkan perlindungan ke atas 350,000 rakyat Haiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Chang'e-5 milik China berjaya mendarat di bulan

Astro Awani
Astro Awani
01/12/2020
23:46 MYT
Chang'e-5 milik China berjaya mendarat di bulan
China berjaya mendaratkan prob penyelidikan angkasa lepasnya Chang'e-5 bagi misi mengumpul dan membawa pulang sampel dari bulan untuk dianalisis. -AP
BEIJING:China dilapor berjaya mendaratkan prob penyelidikan angkasa lepasnya Chang'e-5 bagi misi mengumpul dan membawa pulang sampel dari bulan untuk dianalisis.
Kejayaan ini turut menandakan misi China ke bulan berjaya, lapor portal berita Xinhua.
Malah, China bakal menjadi negara ketiga selepas Amerika Syarikat dan bekas negara Soviet yang berjaya membawa pulang sampel dari bulan.
Antara objektif misi eksplorasi kali ini termasuk mengkaji keadaan topografi dan geologi di sekitar lokasi pendaratan, selain melaksanakan penyelidikan makmal secara sistematik terhadap sampel yang dikutip dari bulan.
Pengendali pesawat angkasa perlu melakukan proses penggerudian ke atas permukaan bulan untuk mengumpul sampel dalam beberapa jam.
Sampel berkenaan dijangka dibawa balik ke bumi pada pertengahan bulan ini.
Chang'e-5 dilancarkan dengan roket pembawa Long March-5 dari tapak pelancaran Wenchang di wilayah Hainan pada 24 November lalu.
Pada Januari tahun lepas pula, Chang'e-4 menjadi kapal angkasa pertama negara itu yang mendarat di bulan.
Republik itu turut bercadang untuk menghantar pesawat angkasa dengan manusia.
Topic Berkaitan
#China
#Chang'e-5
#Chang'e-4
#Long March-5
#misi ke bulan
#prob penyelidikan angkasa lepas
#penggerudian permukaan bulan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan