BEIJING: Lebih 2.25 juta orang menduduki peperiksaan bagi pengambilan kakitangan awam tahunan di China pada Ahad, menurut Pentadbiran Perkhidmatan Awam, lapor Xinhua.

Pentadbiran itu berkata peperiksaan pada tahun ini menarik lebih 2.61 juta pemohon dengan kira-kira satu daripada 57 calon mungkin akan diambil bekerja.

Peperiksaan bertulis itu diadakan secara serentak di 237 bandar di seluruh negara.

China merancang untuk mengambil sebanyak 39,600 penjawat awam untuk bekerja di agensi pusat dan institusi yang berkaitan.

-- BERNAMA