BEIJING: China yang mahu mempertahan kepentingannya, memfailkan saman dengan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) terhadap Amerika Syarikat (AS) berhubung langkah kawalan eksport cip, lapor Xinhua yang memetik Kementerian Perdagangan.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, AS memperluaskan konsep keselamatan negara dan menyalahgunakan langkah kawalan eksport yang menghalang perdagangan lazim antarabangsa bagi cip dan produk lain, sekali gus mengancam kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan global, kata kementerian itu dalam kenyataan pada Isnin.

Langkah AS itu merupakan amalan perlindungan perdagangan biasa kerana ia mengganggu orde ekonomi dan perdagangan antarabangsa, melanggar peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa serta undang-undang asas ekonomi, dan menjejaskan minat global untuk pembangunan global secara aman, menurut kenyataan itu.

Kementerian itu menggesa AS supaya tidak mementingkan diri, membetulkan kesilapannya segera, berhenti mengganggu perdagangan produk berteknologi tinggi seperti cip, mengekalkan pertukaran ekonomi dan perdagangan antara China dan AS serta mengekalkan rantaian bekalan global untuk barangan perindustrian penting seperti barisan semikonduktor.

-- BERNAMA